Lelaki dedah rahsia cara habiskan loan rumah daripada 30 tahun jadi 20 tahun

Lelaki kini telah berkongsi cara habiskan loan rumah daripada 30 tahun jadi 20 tahun. Menulis di Facebook Riyan Azer berkongsi cara beliau habiskan bayar loan rumah.

Caranya adalah dengan membayar prinsipal pembiayaan rumah. Macam mana tu…

Alhamdulillah.. ini tahun ke-2 aku bayar prinsipal pembiayaan rumah. Pembiayaan atau loan. Aku sebut pembiayaan sebab aku pilih pinjaman secara islamik. 😍

Kalau masih ada yang tak tahu. Kita sebenarnya boleh langsaikan cepat loan rumah dengan buat bayaran prinsipal.

Buat bayaran lebih setiap bulan atau bayar lebih setiap tahun. Macam aku lebih selesa buat bayaran lebih setiap tahun. Senang simpan 1 resit saja 1 tahun. Senang buat rekod.

Caranya: Pergi saja di kaunter bank. Beritahu mahu bayar prinsipal loan rumah. Boleh bayar cash atau tolak dari akaun bank kamu. Tapi ikut jenis loan rumah juga ya. Hanya jenis loan semi-flexi dan full-flexi saja yang boleh bayar extra ni.

Bagusnya bayar prinsipal ni sebab;
1️.Dapat selesaikan loan rumah lebih awal. Contoh: tempoh loan 30 tahun dapat selesai 20 tahun saja.

2️.Dapat kurangkan bayaran faedah pinjaman. Ini paling sakit hati kalau tengok. Bayar tiap bulan tapi loan tidak berkurang, rupanya banyak bayar faedah saja 😂 Kalau bayar prinsipal, nah terus kurang jumlah loan.

3️.Dapat hidup tenang sebab tiada hutang di usia2 tua

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk pejuang rumah atas nama sendiri.

Baca juga: Rani Mukerji kongsi momen lucu kena paksa usung kerana beku dalam filem Kabhi Alvida Naa Kehna