Lelaki kongsi pengalaman makan di restoran Global Ikhwan, “Kedai lauk campur je tapi macam restoran 5 star”

Tular seorang lelaki mengimbau kembali dirinya yang menjamu selera di salah sebuah rangkaian restoran dikendalikan oleh Global Ikhwan Sdn Bhd.

Melalui akaun bernama Rayyan Roy, dia menceritakan bagaimana dirinya sangat kagum dengan kedai yang diberi nama ‘Ingat makan ingat Tuhan’.

“First time aku datang kedai ni aku rasa, “Wahhh bagus la trademark kedai ni, ‘Ingat makan ingat Tuhan”.

“Terasa insaf sebab kadang kita ni bila nampak makanan lupa nak ingat Tuhan, dah kenyang baru ingat.”

Melalui pemerhatiannya, kedai tersebut merupakan kedai nasi berlauk campur namun seperti restoran lima bintang.

Ia kerana pintunya diperbuat daripada pintu kaca dan juga hiasan dalamannya tampak mewah.

Malahan ia adalah kedai melayu dan islam dimana ia sangatlah membanggakan dan perlu disokong sesama agama.

Sebelum ini, tular berita mengenai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan daripada 20 rumah amal kendalian kumpulan perniagaan bermotif agama di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Hasil siasatan mendapati kegiatan yang dilakukan di 20 rumah amal kendalian Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) adalah mangsa diajar dan dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak lain.

Baca juga: Ramai taktahu Global Ikhwan pernah dikenali dengan ajaran sesat Al-Arqam