Lelaki kongsi rasa tak puas hati isteri enggan guna duit gaji untuk ringankan beban kewangan-‘Suami ada hak tak izinkan isteri keluar rumah’

Lelaki ini berkongsi rasa tak puas hati apabila isteri enggan menggunakan duit gaji untuk ringankan beban kewangan keluarga sebaliknya untuk diri sendiri.

Malah si suami pula mempunyai hak untuk tidak mengizinkan isteri keluar rumah hatta untuk mencari rezeki sekalipun.

Melalui satu hantaran di Facebook ini, seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati apabila si isteri enggan menggunakan duit gajinya untuk bantu ringankan beban.

Bahkan, individu itu berkata wanita perlu rasa bersyukur jika dibenarkan untuk terus bekerja biarpun sudah mempunyai keluarga sendiri.

Dalam pada masa yang sama, individu itu meminta agar isteri yang bekerja untuk ringankan beban suami dengan bantu dari segi kewangan, bukannya hanya sekadar menghabiskan duit untuk diri sendiri.

Suami ada hak untuk tak izinkan isteri bekerja jika suami tak izinkan keluar rumah.

Malah, dia turut memberi ‘warning’ bahawa haram hukumnya jika isteri keluar dari rumah tanpa keizinan suami.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan individu tersebut mahu mengambil kesempatan atas kesenangan isteri dan hanya mahu memudahkan diri sendiri.

Baca juga: Mati selepas 24 jam peluk Islam, lelaki ini mahu dikebumi di masjid