Lelaki kongsi ‘tips’ berapa nilai angpao jika ke majlis kahwin kawan cina, rupanya boleh mencecah RM500 keatas!

Sudah menjadi adat andai meraikan pasangan pengantin baru, pasti ada kenduri yang akan melibatkan ratusan tetamu yang datang.

Baik yang dekat mahupun jauh, pasti mahu sama meraikan pasangan yang baru berkahwin tidak kiralah bangsa apa sekalipun.

‘Duit salam kaut’ ataupun ‘angpao’ tidak asing lagi dalam majlis perkahwinan.

Bagi bangsa melayu, berapa sahaja amount yang diberikan tetap akan diterima seikhlas hati namun berbeza pula dengan kaum cina yang mahukan jumlahnya yang setimpal dengan majlis.

Dalam adat pemberian angpau dalam masyarakat Cina, seorang pencipta kandungan yang dikenali sebagai Joseph Lee telah berkongsi pandangannya mengenai jumlah wang yang sesuai untuk diberikan kepada tuan rumah.

@joobroseph

Wedding Angpao Rates for Chinese Weddings 2023

♬ original sound – Jooooo – Jooooo
Tiktok

Menurut Joseph, nilai yang dicadangkannya itu bergantung kepada lokasi majlis diadakan dan kadar yang relevan bagi tahun 2023.

“Hari ini saya akan mengajar anda berapa banyak wang angpau yang anda patut berikan semasa perkahwinan masyarakat Cina.

“Jika perkahwinan di **** atau **** (hotel 5 bintang), anda perlu faham bahawa pasangan ini tidak makan nasi ayam di kopitiam, mereka makan di hotel 5 bintang.

“Jadi angpau yang anda patut berikan ialah RM500 ke atas.

“Seterusnya, jika pasangan memutuskan untuk meraikan perkahwinan mereka di restoran Cina, maka anda perlu memahami bahawa pasangan itu tidak berada di sana untuk meraikan perkahwinan mereka.”

Pasangan ini ada kerana mereka mahu pulangan pelaburan mereka kembali. Mereka ada untuk perniagaan. Sebab kenapa? Perkahwinan di restoran Cina biasanya ringkas tetapi makanannya sangat sedap.

Jadi kadar angpau antara RM200 hingga RM300,” katanya menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok

Joseph Lee juga menambahkan bahawa jika pasangan merayakan perkahwinan mereka di hotel 3 bintang atau 4 bintang, tetamu seharusnya memberikan angpau bernilai antara RM300 hingga RM400.

“Mereka sebenarnya tidak mahu meraikannya. (Tapi) ibu bapa mereka berkata jika tidak meraikannya, maka dia akan gagal sebagai ibu bapa.

“Anda memberi wang bukan kerana untuk memberkati perkahwinan mereka, anda memberi mereka wang kerana mereka memerlukan terapi untuk trauma zaman kanak-kanak. Itu sahaja,” katanya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih daripada 124,000 tontonan di TikTok.

Sementara itu, dalam bahagian komen, netizen telah memberikan pelbagai reaksi, dengan kebanyakan dari mereka memberikan pandangan dan pendapat mereka mengenai nilai angpau yang sepatutnya diberikan.

Baca juga: 2 minggu masih ‘fresh’, ini petua simpan ulam untuk tahan lama..macam baru petik!