Lelaki luah rasa kesal mesin ATM yang tak bagi keluar RM10 dan RM20, “ini adalah penindasan orang susah”

Segelintir pihak meluahkan rasa kesal apabila mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bank-bank gagal menyediakan wang RM10 dan RM20 dengan kadar mencukupi.

Menurut mereka, dalam keadaan ekonomi mencabar, syarikat perbankan perlu menimbangkan untuk perbanyak wang kertas RM10 dan RM20 di mesin-mesin ATM bagi memudahkan orang ramai mengeluarkan ‘duit terakhir’ mereka.

Menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial, dia melabel mesin ATM yang tidak membenarkan pengeluaran wang kecil adalah satu penindasan terhadap rakyat kerana bukan semua orang mempunyai wang beratus-ratus di hujung bulan.

Kadangkala simpanan cuma berbaki RM30, namun mereka tidak boleh membuat pengeluaran kerana kebanyakan mesin ATM hanya boleh mengeluarkan wang kertas dengan jumlah RM50 atau RM100.

“Mesin ATM yang tak ada RM10 dan RM20 ni adalah penindasan untuk orang susah.

“Lebih lima orang dalam tempoh 10 minit keluar dari kiosk mesin ATM ini dengan kekecewaan sebab tak boleh keluarkan RM20,” ciap pengguna Twitter

Luahan individu ini kemudian menarik perhatian pempengaruh di Facebook, Cikgu Fadhli Salleh yang meminta agar pihak bank perbanyakkan mesin ATM yang mempunyai tunai RM10 dan RM20.

“Bagi yang melalui sedihnya cucuk kad keluar kad akan faham. Pernah lalui saat begini,” katanya Cikgu Fadhli.

Warga maya juga berkongsi pengalaman terpaksa mengikat perut ketika awal-awal memulakan kerja, kerana mesin ATM tidak boleh mengeluarkan wang not yang kecil.

“Pernah berada di situasi itu masa baru-baru mula bekerja. Nak keluarkan duit baki yang ada tak dapat. Akhirnya ikat perut jugalah menahan rasa dan sedih.

“Dulu 10 tahun dulu zaman ikan, sayur masih murah. Kalau zaman sekarang, RM20 pun tak tahulah macam mana,” komen warganet.

Baca juga: Irma Hasmie akhirnya buka mulut