Lelaki mengaku dari Ga.za buat live tiktok minta gift rupanya scammer

Kesengsaraan hidup rakyat Gaza tidak dapat dinafikan lagi. Banyak perkara zalim yang telah Israel lakukan kepada mereka sehingga wujudnya rasa simpati satu dunia untuk memberikan bantuan.

Namun begitu, wujud individu yang sanggup memainkan sentimen kemanusiaan dalam meraih sumbangan menerusi platform TikTok. Mereka kebiasannya akan membuat live di TikTok dan menyamar sebagai rakyat di negara yang sedang krisis.

Seorang pengguna X @pudynzayn berkongsi, pemilik akaun tersebut biasanya menggunakan taktik itu untuk menipu mereka yang menonton live tersebut dengan ‘mengemis’ wang dalam bentuk gift.

Berselindung di sebalik nama dan identiti rakyat Palestin, pengguna X itu berjaya membongkar kegiatan licik berkenaan selepas menemui akaun TikTok itu selalu menonton video wanita seksi dari luar negara di ruangan repost.

Sumber Gambar: X

Lelaki itu lantas menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam memberi gift kepada seseorang.

“Hati-hati ya guys sebelum bagi gift. Ni antara cara diorang scam duit korang.

“Dekat Rafah tengah Genocide mana sempat nak buat tiktok live!!!,” tulisnya di ciapan.

Perkara itu sekali gus mengundang kecaman hebat di ruangan komen yang rata-ratanya netizen menggesa agar akaun berkenaan disekat serta-merta.

Selain ada yang berkongsi pengalaman hampir tertipu dengan taktik penipuan terbabit, sebahagian netizen menyatakan mana mungkin seseorang menbuat live sewaktu sedang perang apatah lagi memiliki sambungan internet yang stabil untuk buat live di TikTok.

Sumber Gambar: X
Sumber Gambar: X

Baca: Suami Hannah Yeoh didakwa terima kontrak kerajaan, ini respon SPRM