Lelaki mengaku tidak bersalah jual gambar lucah

  • Post author:

Lelaki mengaku tidak bersalah jual gambar lucah. Dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Sepang atas tuduhan menjual gambar lucah di aplikasi Twitter.

Berita Harian melaporkan, Mohammad Hafizzul Anas Kamaruzaman, 30, didakwa melakukan kegiatan itu menggunakan akaun bernama @lelakilelakise1 dalam keadaan sedar memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.

Bagi hantaran yang dilihat pada 10.50 pagi 17 Mei 2019 di Tingkat 8, Menara MCMC 1 di Cyberjaya, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen 233(3) akta itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 setiap hari, jika kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Nazrul Nizam Mohd Zameri mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 19 Julai bagi sebutan semula kes.

Baca Juga: Netizen berang lihat pengantin lelaki pukul isteri di hadapan tetamu