Lelaki ini menyesal serah semula jongkong emas bernilai RM11.7 juta yang ditemui dalam kereta kebal kepada polis.
Beliau merupakan seorang pengumpul peralatan ketenteraan bagaimanapun telah memulangkan jongkong emas yang ditemui di dalam sebuah kereta kebal yang dibelinya, lapor akhbar Daily Star semalam.
Sebaliknya jongkong emas itu hanya disimpan di dalam peti keselamatan deposit di London.
Nick Mead berkata buat masa sekarang dia tidak menerima sebarang bayaran.
Mead menemui barang berharga itu pada 2017 apabila dia membeli kereta kebal Type 69 yang pernah digunakan oleh tentera Iraq daripada laman e-dagang, eBay.
“Saya amat menyesal kerana menyerahkannya (jongkong emas). Saya sepatutnya meminta sedikit bayaran kerana menemuinya, namun sesen pun tidak dibayar,” katanya.
Menurut Mead, dua pegawai Polis Northamptonshire mengambil jongkong emas itu untuk melakukan siasatan dan hanya memberikan sekeping resit kepadanya.
Kata lelaki itu, dia tidak tahu keadaan terkini barangan tersebut, namun menganggap polis masih cuba menjejaki pemiliknya.
Mead membeli kereta kebal itu untuk menambah koleksi 300 kenderaan tenteranya yang digelar Tanks-a-Lot di ladangnya di Helmdon, Northamptonshire.
Baca juga: Ini risiko yang bakal anda tanggung jika tak daftar dalam sistem PADU
Baca juga: Ingatkan sujud lama, rupanya imam ini meninggal dunia ketika sujud waktu solat Subuh