Lelaki nekad potong rambut pelanggan guna api, siap ada hos terpacak lagi

Seorang tukang gunting rambut di India telah menarik perhatian pengguna media sosial kerana memotong rambut pelanggannya menggunakan api, dilaporkan oleh laman berita India Times kelmarin.

Dalam klip video yang dikongsikan di platform X, tukang gunting tersebut dapat dilihat sedang merapikan dan menata rambut seorang lelaki.

Berbeza dengan amalan biasa tukang gunting rambut lain yang menggunakan gunting atau pencukur, lelaki tersebut sebaliknya menggunakan api yang dibakar pada rambut pelanggannya.

Dengan ekspresi muka yang seperti tiada apa dan gerakan tangan yang cekap, tukang gunting rambut tersebut pada akhir video terlihat berhasil menghasilkan potongan rambut yang menarik bagi pelanggannya.

Ramai netizen yang menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan tersebut kerana dianggap berisiko menyebabkan api merebak dan membahayakan pelanggan.

“Ini tidak bagus untuk rambut anda. Orang lain juga terpaksa menghidu bau rambut anda terbakar,” kata seorang pengguna media sosial.

Baca juga: “Kostum berat sampai migrain”- Stacy dedah kerap sakit badan, kostum Bunga Matahari seberat 12kg