Lelaki raih RM200K hasil jual durian, ini rahsianya

Durian merupakan buah yang paling disukai rakyat Malaysia. Kedatangan musimnya sentiasa ditunggu-tunggu oleh penggemarnya. Harganya yangkian meningkat saban tahun tak menghalang rakyat Malaysia membelinya.

Akhir bulan Jun ini sudah pun masuk musim durian yang baharu. Ramai mula berebut untuk berjinak jinak menjadi peniaga durian apabila permintaannya semakin tinggi di setiap tempat.

Jangan pandang lekeh dengan pemilik kebun dan peniaga durian tepi jalan. Nampak je selekeh tapi duit berkepuk-kepuk.

Antaranya adalah pemilik dusun durian kunyit di kawasan pedalaman Kelantan yang boleh menjana pendapatan mencecah RM200,000 hasil jualan durian yang menjadi rebutan ramai.

Apa tidaknya sepanjang sebulan jualan durian kunyit dan musang king, pemilik kebun itu berjaya mengumpul pendapatan yang sangat tinggi tahun ini.

Memetik awani, Ibrahim Che Musa yang memiliki kebun durian seluas 6.47 hektar, jualan durian kunyit dan musang king kali ini menggalakkan walaupun harga borong yang diberikan RM35 sehingga RM40 bagi sekilogram.

“Hasil pun meningkat sedikit. Dua kebun itu lebih kurang RM100,000 sehingga RM200,000.

“Tahun lepas masuk Singapura, tidak cukup, pesanan tidak putus-putus,” katanya.

Katanya lagi, dia tidak perlu membuat iklan untuk menjual duriannya kerana pelanggan sudah siap melakukan tempahan sejak awal tahun.

Jelasnya, pasaran durian kunyit dan musang king kali ini tidak dieksport keluar sebaliknya untuk pasaran tempatan, bahkan permintaan pasaran tempatan juga tidak mencukupi.

baca: Ceramah PN di Sungai Bakap tak laku, pusat khidmat pun tutup