Lelaki sakan belanja guna kad curi. Disebabkan ciri paywave, wanita kerugian selepas kad yang tertinggal di mesin ATM digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Terbaru, seorang pengguna Facebook Haziqa Asyiqin telah berkongsi kad bank miliknya telah diambil oleh orang tidak bertanggungjawab apabila dia terlupa mengambil kadnya di mesin ketika mengeluarkan wang.
Menerusi perkongsian tersebut, dia terkejut apabila suspek berbelanja sakan di beberapa kedai berjenama dan membuat pembayaran menggunakan kad bank miliknya.
Menurutnya lagi, suspek dipercayai berada di belakangnya ketika beratur untuk keluarkan duit di ATM. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan juga menimbulkan kerisauan dengan ciri ‘paywave’.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga mengecam tindakan suspek yang mengambil kad bank mangsa kerana tidak seharusnya melakukan perkara tersebut.
Malah, para netizen turut meminta agar orang ramai berhati-hati dan menyuruh wanita tersebut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut. Pastinya perkara yang terjadi ini akan membuka mata ramai pihak agak lebih berhati-hati.
Diharapkan selepas ini, semua pastikan kad berada di tangan sebelum keluar dari mana-mana bank. Bimbang di musim perayaan ini ramai yang berbelanja mengikut hawa nafsu sehingga sanggup menggunakan kad yang di curi.
Baca Juga: Dulu wanita sanggup terima selipar jepun sebagai mas kahwin, sekarang kantoi curang
Baca Juga: Kuali berkerak hitam legam berkilat semula selepas guna bahan ini…