Lelaki sebak disambut orang ramai sebaik tiba di Mekah, jalan kaki 10 bulan untuk tunaikan haji

  • Post author:

Seorang lelaki yang berasal dari Wolverhampton, Britain yang berumur 52 tahun akhirnya selamat tiba di Makkah, Arab Saudi bagi mengerjakan ibadah haji, selepas 10 bulan 26 hari berjalan kaki merentasi 9 buah negara.

Adam Muhammad menerusi akaun TikTok miliknya memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya menangis kegembiraan selepas akhirnya menjejak kaki di bumi Makkah sambil menolak troli yang dibawanya dari United Kingdom (UK).

Memetik laporan Gulf Today, Adam berjalan merentasi 9 negara iaitu Netherlands, Jerman, Czech Republic, Hungary, Romania, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan sebelum tiba di Makkah bagi mengerjakan ibadah haji untuk tahun 2022.

Dalam satu video yang dikongsikan, penduduk tempatan dilihat meriah menantikan dan menyambut kehadiran Adam di Masjid e Aisha, tempat mereka berkumpul.

Setibanya di Makkah, Adam telah mengucapkan rasa syukur kepada rakyat Arab Saudi yang telah bermurah hati dan membantunya di sana.

Guna troli untuk simpan barang dan tempat berteduh

Difahamkan, Adam berjalan sepanjang 6,500 km dari UK ke Makkah sambil menolak troli yang mengandungi barang keperluan dirinya, dan juga menjadi tempat untuknya berteduh.

Adam berkata, dia sebelum ini pernah memberitahu media yang keputusannya untuk berjalan ke Makkah dibuat dalam keadaan tiba-tiba dan dia sendiri tidak sangka berjaya melakukannya.

Baca Juga: Doktor terdiam wanita mahu jumpa bidan lepas mengandung luar rahim, ingat boleh masukkan balik

Baca Juga: Rakyat ‘drive’ 3 jam nak tengok Mat Kilau, Mohd Amar kata orang Kelantan boleh tonton Netflix