Seorang lelaki warga emas yang dengan baik hati menyediakan minuman panas dan makanan percuma kepada pengunjung di Madinah termasuk Masjid Nabawi, selama hampir empat dekad dilaporkan telah meninggal dunia baru-baru ini.
Sheikh Abu Al Sebaa, yang lahir di bandar Hama, Syria, telah meninggal dunia pada usia 96 tahun. Walau bagaimanapun, punca kematian beliau tidak didedahkan.
Rutin harian beliau melibatkan penyediaan kopi, teh, susu, dan roti dalam jumlah yang besar.
Minuman dan makanan itu kemudian disalurkan dari gerainya yang berdekatan dengan Masjid Quba.
Dia juga sering membawa bersama sejumlah besar kurma dan halia.
Dalam banyak wawancara, Sheikh Abu menyatakan bahawa dia memberikan makanan dan minuman itu dengan ikhlas kerana Allah, tanpa menerima sebarang bayaran kewangan daripada mana-mana pihak.