Seorang lelaki telah ditembak mati selepas memakan burger milik teman wanita rakannya di Karachi, Pakistan.
Suspek, Daniyal, adalah anak kepada seorang Superintendan Kanan Polis, manakala Ali adalah anak kepada seorang Hakim Seksyen.
Menurut laporan, suspek menjemput teman wanitanya, Shazia ke rumah pada hari kejadian. Kemudian, dia memesan dua burger untuk mereka berdua namun mangsa memakan separuh daripada makanan tersebut, yang kemudian menyebabkan suspek marah.
Suspek mengambil sebatang senapang dan menembak mangsa sehingga lelaki itu mengalami kecederaan serius dan kemudian meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.
Suspek kini dalam tahanan polis sebelum dibicarakan.