Lelaki selamba tunjuk ‘anu’ pada peniaga telefon wanita, ini yang berlaku selepas itu

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang berkelakuan lucah terhadap pekerja wanita pusat aksesori telefon di Sabah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada jam 8.30 malam, lapor Bharian Online.

Mengikut laporan mangsa, suspek dikatakan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan kemaluannya sambil bercakap di telefon.

“Suspek dikatakan bukan pelanggan biasa di kedai berkenaan dan tidak pernah dilihat datang ke kedai berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis masih menjejaki suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek supaya tampil membantu siasatan.

Baca: Kecoh kubur suspek serang balai polis dijarakkan, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor beri penjelasan