Lelaki terlena di landasan maut diseret kereta api, tiga rakan sempat selematkan diri. Lelaki ini maut selepas dilanggar kereta api akibat tertidur di atas landasan selepas menyambut tahun baharu.
Berita kematian ini telah mengejutkan penduduk di Kaliwates, Jember, Jawa Timur, Indonesia.
Portal Kompas melaporkan, Ketua Polos Kaliwates Mahrobi Hasan berkata, mangsa disyaki mabuk dan tertidur di antara rel dekat stesen Mangli-Jember.
“Ketika itu mangsa bersama tiga rakannya dan tertidur kerana mabuk sehingga dia tidak mendengar suara siren kereta api,” kata Mahrobi pada Isnin.
Menurut Mahrobi, tiga rakan mangsa masih dalam keadaan sedar dan dapat menyelamatkan diri.
“Bagaimanapun, mangsa tak dapat mengelak kerana lena tidur,” katanya.
Mahrobi berkata, mangsa dan tiga rakannya adalah penduduk Gebang Kaliwates Jember.
“Mereka baru berpesta minuman keras pada malam tahun baharu,” katanya.
Insiden itu berlaku pada pada awal pagi hingga tidak disedari penduduk setempat.
“Oleh kerana kejadian berlaku 3.30 pagi (waktu tempatan), jadi tiada siapa di situ,” katanya.
Jasad mangsa dibawa ke Hospital Daerah Dr Soeban di Jember, sebelum diserahkan kepada pihak keluarga.
Baca juga: Pewaris L’Oréal seorang wanita, orang ke-12 terkaya di dunia dengan aset RM459.5 bilion