Salah satu perkara paling mencabar ketika melancong adalah mencari makanan halal. Seorang lelaki melayu yang melancong ke Germany berasa terkejut apabila diberitahu makanan yang dimakan itu adalah babi. Berikut merupakan ceritanya.
Restoran berlogo halal di Jerman.
Menurutnya, ada sesetengah daripada mereka yang bukan beragama Islam tetapi melabelkan makanan yang dijual sebagai halal.
“Ada seorang hamba Allah hubungi aku pasal makanan halal di Jerman. Kebetulan juga aku mengajar bahasa Jerman.
“Isunya di sini, dia tersalah makan daging babi kerana menyangka semua kedai yang menjual kebab dan shawarma itu halal, maka dia pun ghairah mencuba hidangan Currywurst yang dijual di kedai tersebut tanpa bertanya.
“Hanya sekadar yakin kedai tu halal, mungkin ada kasyaf (buka hijab) kot yang boleh tahu,” ujarnya.
Untuk makluman Currywurst ialah hidangan makanan segera popular Jerman, terdiri daripada sosej dihidang bersama kari yang dikukus, digoreng dan biasanya adalah daging babi.
Bercerita lanjut, Hafiz memberi peringatan bahawa ada juga mereka yang berbangsa Arab tetapi beragama Kristian.
“Silap besar anggap kedai kebab dan shawarma yang berbangsa Turki, Arab, Kurdish atau yang seangkatan dengannya semuanya beragama Islam. Ada juga Arab Kristian, di Mesir ramai.
“Dalam kes lelaki ni, dia tanpa usul periksa membeli hidangan sosej berupa Currywurst, yang disangkakan ayam, walhal daging babi,” katanya.
Tambahnya lagi, restoran sebegitu meletakkan logo halal yang mempunyai maksud tersirat sehingga menyebabkan rata-rata pelancong terlepas pandang.
“Mengelirukan kerana menurut dia, kedai tu ada label halal bertulisan Arab tertampal di pintu premis. Apabila nampak tanda halal itu, dia lagi yakin yang itu adalah sosej ayam, sedangkan tidak.
Menu makanan di sebuah restoran halal di Jerman.
“Dia lupa nak check satu perkara, bawah logo halal tu juga ada tertulis ‘ask for your halal‘, kena minta makanan halal tu. Di sinilah jeratnya, ramai yang dah terkena, lagi-lagi mereka yang tak pandai berbahasa Jerman.
“Tak apa la, untuk abang tu benda dah nak jadi, tak disengajakan. Dia beritahu rasa hidangan Currywurst daging babi tu sedap dan lemak-lemak.
“Kepada yang lain ambil pengajaran, jangan malu bertanya untuk meminta kepastian. Ingat, malu bertanya sesat jalan,” katanya menutup bicara.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya berpendapat perkara tersebut juga perlu diberikan perhatian untuk restoran Arab dalam Malaysia.
Sebahagian komen warga maya.
“Tak perlu pergi jauh-jauh, dekat dalam Malaysia pun ramai mentaliti sebegini. Asalkan kedai Pak Arab je dikatakan halal. Dekat Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan Lembah Klang berlambak-lambak kedai Pak Arab yang orang ingat Muslim.
“Semua datang makan tanpa was-was, tak tahu nak tegur macam mana sebab kena ingat, tidak semuanya kedai Arab itu Muslim. Dilupakan terus soal halal haram.
“Fahaman makanan halal untuk Muslim di Barat dengan kita berbeza, saya pernah ke Amerika, ada peniaga ala-ala Pakistan jual roti pita, nampak ada satu bekas di tepi dia tulis daging babi.
“Saya terus tanya, halal ke ni? Dia cakap jangan risau, pasti halal, Bismillah,” kata sebahagian warga maya menceritakan pengalaman.
Baca: Ini cara betul cuci sayur brocoli, kalau salah ‘gaya’ boleh terkena keracunan makanan