Lelaki usia 22 tahun menang cabutan bertuah RM310,000! Minta duit dimasukkan dalam akaun bank makwe

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa pemilik jenama Choii sedang aktif melakukan perjalanan promosi dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada para peminatnya. Sebagai hasilnya, ramai yang berusaha untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai tinggi yang ditawarkan.

Baru-baru ini, cerita viral tentang seorang lelaki muda berusia 22 tahun yang menjadi pemenang cabutan bertuah atau giveaway di majlis Jom Santai Food Festival di Terengganu bersama jenama pakaian tempatan, Choii.

Namun, walaupun pemuda itu berjaya memenangi sebuah Nissan GT-R R35 yang menjadi hadiah utama, dia memutuskan untuk menukarkannya dengan wang tunai. Keputusan ini menyebabkan kereta tersebut perlu dibuka untuk penawaran jualan.

Seperti yang sudah tertulis dalam takdir, kereta tersebut akhirnya berjaya dibida oleh seorang lelaki dengan harga RM310,000.

Namun, yang mengejutkan ramai, pemuda tersebut meminta agar wang sejumlah RM310,000 itu dimasukkan ke dalam akaun bank kekasihnya yang turut berada di majlis tersebut.

Difahami, dia memilih untuk mentransfer wang tersebut ke akaun bank kekasihnya selepas telefon bimbitnya mati kerana kehabisan bateri.

“Ada akaun bank? Takkan akaun bank tak ingat? Awek hang punya akaun bank, panggil dia naik atas,” kata Faris Azri, pemilik Choii.

Namun, orang ramai serta juruacara majlis, pelawak terkenal Achey, melarang pemuda tersebut daripada memasukkan duit tersebut ke dalam akaun bank wanita tersebut.

“Jangan bagi, jangan bagi,” jeritan penonton yang berada di hadapan pentas.

Sebaliknya, mereka mencadangkan agar pemuda yang dipercayai datang dari Kelantan itu memberikan nombor akaun bank milik adik beradik atau ibu bapanya.

“Kalau tanya saya, saya tak akan benarkan. Tak boleh, bahaya, akaun awek tak boleh, kalau akaun isteri mungkin (boleh), mana adik beradik dia,” kata Achey.

Di akhir video, kelihatan krew acara terpaksa memberikannya ‘powerbank’ agar telefon bimbit pemuda itu dapat dihidupkan semula selepas cubaan untuk mendapatkan akaun bank ibu serta adik beradiknya juga gagal.

Pihak penganjur juga bertegas agar wang yang akan dimilikinya itu hanya dimasukkan terus ke akaun bank miliknya atau ahli keluarga terdekat sahaja.

baca: Buat ‘plastic surgery’ sejak umur 13 tahun! Sanggup kikis tulang, belanja duit jutaan ringgit untuk cantik