Bagi lelaki yang berumur akhir 20 dan awal 30 tahun tetapi badan dah ‘kembang’ mungkin boleh contohi cara Chuando Tan ini kekal awet muda.
Chuando Tan sudah berusia 58 tahun tetapi rakyat Singapura ini mempunyai rupa paras dan penampilan seperti 20 tahun lebih muda.
Dia yang masih bujang dan tidak mempunyai anak memiliki fizikal badan yang sasa dan berotot.
Tidak hairanlah Chuando yang merupakan seorang jurugambar kini menjadi selebriti atas talian atau pempengaruh (influencer) yang kian tersohor.
Lelaki berketinggian 1.85 meter itu merupakan model serta pengarah artistik yang memiliki lebih 1.4 juta pengikut di Instagram.
Dia juga merupakan seorang pengasas sebuah syarikat pengurusan model.
Malah, Chuando turut dihubungi banyak pihak termasuklah stesen TV yang mahu mengorek rahsia awet mudanya.
Pendek kata, dia yang memiliki bentuk badan yang jauh lebih muda daripada usia sebenar itu menjadi inspirasi dan ikon bagi ramai pengikutnya.
Apa jawabnya apabila ditanya bagaimana boleh awet muda dengan tubuh yang sebahagian besar orang muda pun sudah tidak mampu miliki?
“Jauh di sudut hati, saya tahu saya bukanlah seorang yang muda. Umur semakin meningkat.
“Jadi, saya tidak akan memberi tanggapan bahawa saya selamanya akan muda.
“Mungkin mereka semua mahu jalan pintas, rahsia bagaimana menjaga masa muda mereka dengan betul,” jelasnya dalam temubual bersama CNA.
Organ haiwan
Chuando juga menjelaskan bahawa faktor genetik mungkin memainkan peranan dalam penampilan awet mudanya.
Pelakon utama filem ‘Precious Is The Night’ itu juga semestinya aktif bersenam dengan mengangkat berat.
Dia juga ada diet tertentu dan pantang memakan organ haiwan dan juga makanan yang diproses.
“Ia adalah satu gaya hidup yang sudah lama saya amalkan dan bertahan hingga ke hari ini.
“Aktiviti yang anda lakukan pada siang hari sepatutnya sama dengan kalori yang anda bakar pada hari itu.
“Jumlah makanan yang anda ambil pada siang hari adalah sama dengan kalori yang anda masukkan ke dalam badan anda,” katanya.
Jelasnya, pada waktu pagi dia mengambil sarapan yag tipikal iaitu protein shakes atau oatmeal bersama dengan telur, madu dan juga avokado.
Waktu makan tengah hari atau malam pula dia biasanya akan makan ayam stim atau bakar.
Selain itu, sup ikan bersama nasi juga menjadi pilihan makan tengah hari atau malam untuknya.
Selain itu, Chuando juga suka mengambil makanan seperti tempura goreng atau ais krim.
Dia berpegang pada prinsip bahawa anda adalah apa yang anda makan dan percaya bahawa keadaan kesihatan seseorang, serta penampilan, bergantung 70% pada makanan yang dia makan dan 30% pada senaman.
Itulah sebabnya dia makan 6 biji telur rebus untuk sarapan pagi dengan hanya 2 kuning (kerana kolesterol).
Selain itu, dia meminum segelas susu dan kadangkala menambah alpukat dam beri ketika sarapan paginya. Ini adalah jumlah protein dan tenaga yang baik untuk permulaan hari.
Selain telur, dia makan ayam dengan nasi, sayur panggang, dan sup ikan pada siang hari.
Jurugambar itu mengakui bahawa aiskrim adalah kelemahannya dan itulah sebabnya dia kadang-kadang memakannya tetapi hanya pada separuh pertama hari itu.
Dia juga mengelak kopi dan teh tetapi minum banyak air.
Dia tidak merokok, tidak minum alkohol, dan makan salad yang diperbuat daripada sayur-sayuran segar untuk makan malam.
Demi memastikan dia kekal kelihatan muda, Chuando juga tidak lupa untuk menanamkan sikap positif dalam kehidupan seharian.
Beliau juga tidur sebelum pukul 11 malam dan bangun awal setiap hari. Dia yakin bekerja pada waktu malam dan menonton wayang selepas tengah malam tidak baik untuk kesihatan.
Untuk mendapatkan tidur yang lena, dia berhenti makan 5-6 jam sebelum tidur.
“Percayalah, tidur awal adalah berbaloi. Setelah mendapat tidur yang cukup, anda akan dapat melakukan lebih banyak perkara pada waktu siang dan bukannya jika anda bekerja pada waktu malam,” nasihat Chuando lagi.