Lembah Hunza dipenuhi dengan bidadari dunia yang ramai tak tahu

Lembah Hunza adalah kawasan pergunungan terpencil dikelilingi oleh puncak bukit bersalji yang erletak di bahagian utara wilayah Gilgit-Baltistan di Pakistan.

Menyimpan sejuta rahsia tersembunyi, Lembah Hunza ini dikatakan menjadi tempat tinggal para wanita cantik dan anggun yang mempunyai rupa paras seakan bidadari.

Walau bagaimanapun, pengunjung daripada luar lembah berkenaan jarang diberikan kesempatan untuk beramah mesra dengan wanita kerana dilindungi oleh penduduk.

Difahamkan, wanita yang menghuni Lembah Hunza kebanyakkannya kelihatan awet muda dan dilaporkan mampu melahirkan zuriat sehingga usia mencecah 65 tahun.

Mengekalkan tradisi turun temurun, rata-rata penduduk wilayah terpencil itu berjaya tampil menarik tanpa menjalani sebarang rawatan yang ditawar di pusat kecantikan.

Para penghuni di wilayah majoriti Islam itu juga dikhabarkan mempunyai umur yang panjang dan masih kekal sihat walaupun mereka sudah lanjut usia, lapor tvOnenews.

Tubuh badan milik sehahagian besar masyarakat di Lembah Hunza itu juga didapati sangat cergas berikutan mengamalkan pemakanan sihat yang berasaskan sayuran.

Penyediaan makanan seharian mereka juga langsung tidak menggunakan minyak masak di mana ia adalah hidangan berkhasiat diperbuat dari bijirin, chapati, dan roti.

Malah etnik Hunza juga dikhabarkan gemar menyantap buah-buahan seperti aprikot, ceri, anggur, plum serta pic selain menjadikannya sebagai pencuci mulut mereka.

Walaupun mereka masih lagi menjamah makanan yang berasaskan daging, tetapi hidangan itu bagaimanapun hanya akan dimasak pada waktu-waktu tertentu sahaja.

Mengikut kajian, aspek geografi lembah yang terletak di kawasan pergunungan juga menjadi antara faktor penyumbang hingga penduduk boleh tampil segar dan sihat.

Bukan itu sahaja, masyarakat tempatan juga boleh menjalani hari-hari mereka tanpa sebarang tekanan kerana dari pencemaran udara dan hidup dengan bersederhana.

Faktor permukaan Lembah Hunza yang berbukit bukau itu juga ‘memaksa’ penduduk sekitar untuk sentiasa berolahraga terutamanya ketika melangkah keluar dari rumah.

Sehubungan dengan itu, pihak National Geographic tampil melakukan penyelidikan khusus untuk meneliti tahap kesihatan melibatkan penduduk wilayah Lembah Hunza.

Mengejutkan, mereka mendapati masyarakat yang menduduki wilayah terpencil iyu memiliki tubuh yang sihat bertenaga serta hampir bebas dari penyakit berbahaya.

Baca juga: Mahu lebih banyak doktor, Alicia Amin sokong bapa cadang pelajar bukan Bumiputera masuk UiTM