Isteri yang baru bersalin memang mempunyai keadaan dimana dia lebih tertekan dan beremosi disebabkan pelbagai sebab yang tidak diketahui.
Kerana itu, tugas seorang suami adalah memahami isteri dan membantunya menjadi lebih rasional dalam tutur kata serta perbuatannya.
Lelaki ini menceritakan kisah dirinya yang dibelenggu perangai isteri yang sentiasa negative dan mewujudkan isu yang tiada hingga mengganggu keharmonian rumahtangga sendiri.
Rumah tangga mana ja tak dilanda badai. Ujian naik turun dalam kehidupan tu biasa la kan. Tapi kadang-kadang rasa susah sangat nak handle pelbagai emosi. Terutamanya emosi isteri aku. Jenis dia memang suka mendesak dan memaksa. Tapi sebagai lelaki dan suami, aku cuba faham keadaan dia.
Sejak akhit ni kami dihimpit kekurangan duit. Dia terp4ksa berhenti kerja sebab anak ketiga kami lahir kurang sempurna. Anak kedua pulak ada mild autism. Jadi anak – anak kami perlukan jagaan yang rapi. Lama mana nak harap pengasuh ja.
Dia buat keputusan nak berhenti kerja. Aku sokong ja. Walaupun mungkin tak mewah, tapi aku fkir mampu handle keluarga dengan gaji aku sorang. Yang ada masalah macam kami mesti faham keadaan kami. Letih nak handle anak – anak bukan mudah.
Tambah dengan faktor ekonomi sekarang, gaji 4 ribu pun tak cukup. Nak jadi cerita, lepas berhenti kerja, emosi isteri macam tak betul sikit. Lepas tu badan dia naik mend4dak dan ada masalah jerawat. Tapi aku tak pernah cakap apa pun, dia sendiri yang overthinking.
Suka compare diri dia dengan orang lain. Dia kata nanti aku akan cari perempuan lain la. Itu la ini la sebab dia dah tak cantik. Aku kata mana ada. Aku ni jenis sayang keluarga. Tambah ada anak – anak istimewa. Aku hari – hari tak sabar nak balik rumah sebab nak spend time dengan anak. Sebab aku suka budak-budak.
Setiap hari aku akan sampai rumah pukul 6. Lepas tu sampai ke malam sampai anak anak tido aku yang jaga anak. Aku suruh dia rehat. Aku akan buat kerja rumah dengan anak – anak. Konon sambil main – main kami buat kerja.
Kat rumah, ada mak mertua aku juga tinggal sama – sama. Jadi ada la bantu sikit jaga baby. Dia akan baring kat hall main hp bila aku dah take over anak. Tapi aku tahu, dalam hati dia selalu sedih. Fikir keadaan anak. Aku dah tak tahu nak pujuk dia macam mana dah.
Aku kata Allah sayang, sebab tu uji macam ni. Bersyukur la kita diuji. Aku dah cuba buat yang terbaik dah nak bagi dia happy macam dulu – dulu balik. Siap aku cakap, kalau dia nak pi kerja balik, aku sanggup ja berhenti kerja jaga anak.
Sebab aku sayang sangat kat dia. Aku sayang keluarga ni. Tapi dia tak mau faham. Sekarang dia dah ada hobi baru, suka stalk ex gf aku. Ex aku memang la cantik. Tapi dia pun dah kahwin, dah ada kehidupan, dah ada anak – anak.
Tapi ex aku ada hutang duit dengan aku. Banyak jugak la. Dekat 30k. Sekarang ni isteri aku asyik p4ksa aku suruh mintak duit kat ex aku. Aku kata malas la nak contact perempuan tu balik. Dia yang berhutang, dia la kena tau untuk bayar balik.
Jenis aku tak suka mengemis kat orang. Tambah – tambah nak pi menghadap balik perempuan tu.. Malas la aku. Tapi sebab wife asyik p4ksa – p4ksa. So terp4ksa la aku mesej dia dengan hati yang berat. Sebab nak jaga hati dia.
Sebab wife kata, kalau ada duit tu, dia nak buat treatment diri dia. Aku tanya treatment berapa kos. Aku ada saving sikit, aku nak suruh dia pakai duit tu. Dia kata tak nak. Dia kata saving dia pun ada. Tapi tu untuk anak – anak. Dia nak aku mintak kat ex aku..
Nak jadi cerita, oleh sebab dah dia asyik pressure aku ja. Aku terp4ksa la mesej ex aku. Aku ni takde number ex aku. Tapi dia bagi, dia kata ex aku jual produk. So dia ambik no kat situ. Mujur la ex aku masih kenal aku. Ye la setengah orangkan terus pura pura tak kenal bila melibatkan hutang.
Dia kata dia akan cuba bayar. Cuma lumsum tu tak mampu.. Dia mintak tempoh. Hari tu dia mintak masa 2 – 3 bulan. Dia akan bayar some amount. Tapi bukan full amount. Aku pun ok ja la.. Tapi wife aku, setiap masa suruh aku keep text dia.. Suruh remind la, itu la ini la..
Aku kata tunggu la 2 – 3 bulan kalau tak de duit masuk, baru kita tanya. Dah tu, asyik – asyik dok cakap. Awak sebenarnya padankan dengan dia.. Orangnya cantik, kerja bagus. Korang putus pun macam takde reason. Aku suruh wife aku blok dia.. Rimas aku.. Macam tak de keja lain, asyik perhati life dia buat apa.
So bila dia asyik cakap nonsense things macam tu, aku tak layan dia. Aku buat tak tau ja. Dia kata sekarang ni dia cakap apa – apa, aku buat bodo ja. Mentang – mentnag la dia dah tak cantik macam ex aku. Dah tak kerja, terus aku tak nak layan dia.
Sabar – sabar aku ni ada had jugak. Aku kata kalau awak cakap benda berfaedah aku layan ja la. Ni benda takde kena mengena. Aku kata kalau saya asyik cakap pasal ex awak ja, awak suka ke? Dah tu perempuan tu bini orang sekarang. Buat apa nak cakap pasal dia. Orang yang tak de kaitan dengan hidup kita.
Dia diam.. Aku kata stop la tengok kehidupan orang. Focus life sendiri sudah. Aku suruh dia blok ex aku. Aku memang dah lama blok dia. Dia kata kenapa suruh blok, takut dia tau ke kalau aku berhubung balik dengan ex aku.
Allahuakbar.. Perlu ka sampai nak fikir macam tu. Aku kata lantak awak la. Malas nak layan. Aku kata kalau awak keep buat per4ngai macam ni, aku panggil ustaz mai rukyah dia. Ada la jadi baik seminggu dua. Mungkin betul dalam badan dia ada jiin kot. Tu yang dengar nak rukyah terus behave.
Satu hari tu, aku kan tidurkan anak malam – malam. Petang tu dia cakap, lepas tidurkan anak, nanti datang kat dia. Aku faham la apa dia nak. Anak sulung kami perempuan, 8 tahun. Jenis rapat dengan aku.. Ye la, mak dia kan singa.
Anak suka kalau aku bercerita sebelum tido. Entah macam mana aku tak sedar aku tertidur sekali dengan anak – anak. Aku sedar pun 4 pagi. Aku cepat – cepat la naik bilik. Lepas tu aku pi peluk dia. Dia kan lepas bersalin anak ketiga sangat sensitive. Tak boleh salah sikit aku ni.. Mesti berendam air mata.
Apa lagi, dia tepis aku. Lepas tu kata aku ni tak sayang dia la. Mentang – mentang dia dah tak cantik sekarang, jadi aku dah tak berselera dengan dia la. Aku kata aku pun manusia. Ada letih penat. Aku tak sengaja kot tertido.. Esok aku nak kerja lagi.
Apa salahnya dia datang k3jut aku masa tu. Aku mintak dia pun faham la aku sama. Tapi entah la.. Oleh sebab dia tersebut pasal selera tak selera ni, aku kerap la usik – usik dia.. Supaya dia rasa aku sentiasa nak ja belaian dia.
Tapi dia yang kerap tolak. Dia kata penat. Kadang-kadang aku letih jugak, tapi aku utama hati dia dulu. Fikir susah payah dia lahirkan 3 zuriat aku. Sebab aku faham pengorbanan dia pada aku terlalu banyak. Tapi apa saja aku buat, semua dia salah faham.
Petang – petang aku ajak dia jalan-jalan kat taman. Bawak budak – budak. Aku kata badan pun rasa sihat sikit. Terus dia kata, nak kata saya gemuk la tu kan. Sejak tu aku dah tak ajak dia dah. Sebab asal aku cakap general pun, dia akan pusing ke arah negative.
Sekarang ni mind thinking dia m4kin merungsingkan aku. Satu hari tu lepas kami bersama. Dia tanya aku puas tak dengan dia.. Ye la konon badan dia kan dah tak cantik. Anak pun dah 3. Korang yang dah kahwin mesti faham apa maksud dia kan.. Aku kata sama ja macam biasa.
Terus dia tanya macam ni. Awak pernah tido dengan ex awak kan. Mesti dia lagi best dari saya kan. Serius, aku rasa nak naik dah tangan aku dekat muka dia masa tu. Kami g4duh teruk malam tu. Tau la zaman aku j4hil dulu, aku ada buat dosa. Aku pernah terlanjur dengan ex aku.
Tapi tu zaman silam aku.. Aku dah taubat dah. Tapi kenapa dia nak ingatkan benda – benda macam tu. Aku seriously str3ss la dengan dia ni. Mentanglah dia suci masa kahwin dengan aku, perlu ke nak cakap pasal hal lalu aku.
Dalam g4duh – g4duh tu, dia cakap macam ni. Awak tau tak, ex awak dah lama single. Dia dah bercerai dah. Aku kata mana la aku tau.. Ingat aku macam dia ke, banyak sangat masa sampai sibuk nak jaga kain orang. Dia kata sekarang dah tahu kan.
Aku kata, so? Awak nak saya kahwin dengan dia ke sekarang ni? Dia senyum sinis. Memang itu pun yang awak tunggu sebenarnya. Aku naik angin gila. Aku kata, awak tu dah gila tau tak. Ikut amarah aku, rasa nak lempang dia cukup cukup. Tapi mujur masih ada iman.
Aku tak pernah tau apa pun life ex aku sejak kami putus.. Yang sentiasa dok jadi informer tu dia. Tapi kenapa.. Apa yang dia fikir. Atau dia ni berhubung secara senyap ka dengan ex aku. Aku ni langsung tak dak perasaan apa dah dengan ex aku. Benda lepas tu lepas la.
Ex aku dah bayar 5 ribu hutang aku. Yang baki tu dia kata dia akan settle slow – slow. So kita pun kena la bagi masa kat orang. Kita mana tau apa masalah orang. Baru 2 minggu dia bayar 5k. Wife aku asyik suruh tuntut lagi.
Bila aku tak nak, dia kata aku masih sayang dia la tu. Sebab tu fikir keadaan ex. Sampai dia suruh ambik lawyer f1ght saman ex aku. Aku kata untuk apa. Kan dia dah bayar sikit – sikit. Ambik lawyer bukan murah.. Kos habis kat situ ja. Lagipun orang tu bayar. Kalau tak bayar lain cerita la.
Aku kata senang-senang awak deal sendiri ja la dengan ex aku. Dia taknak pulak. Dia kata masa berhutang dia bukan ada situ. Dah tu kata nak pakai buat treatment, tapi tak buat pun. Bila aku tanya, dia kata malas. Sekarang ni asyik pressure aku dengan duit ex tu.
Dia kata risau aku berhubung kat belakang kalau masih ada baki – baki. Aku dah naik angin gila. Aku call ex aku sendiri, aku tanya boleh tak settle full. Masa call tu wife dengar ja la. Aku buat loudspeaker. Ex kata mana bleh.
Dia pun tak de duit. Lagipun duit hutang tu kan bukan dia guna. Duit tu ada sejarah lain sebenarnya. Macam dia guna untuk tolong orang lain la. Last – last kami jadi g4duh. Ex aku kata, kalau macam ni awak mintak sendiri dekat orang yang sepatutnya bayar.
Sebab 5k tu dia bayar pakai duit dia sendiri. Sebab orang sebenar yang berhutang tu tak mau bayar dah. So sebab ex aku beng4ng dengan argument kami. Ye la dah wife aku suruh letak tempoh 1 bulan settle semua. Kalau tak nak saman.
Ex aku kata buat la apa awak nak buat. Aku cakap kat wife aku. Puas hati sekarang? Elok – elok orang dok bayar duit kita. Sebab per4ngai gila dia ni orang pun taknak bayar dah. Aku kata kalau kaya sangat, pi la hire lawyer saman ex aku tu.
Ingat ex aku tu bodoh gamaknya. Ex aku lagi ego tinggi dari dia. Lagi cerdik. Ex aku dah kata, kalau perlu masuk penjara pun dia masuk penjara ja la. Tapi dia tak akan bayar satu sen dah lepas ni. Dia kata bawak hal ni ke law good idea.
So dia tunggu jumpa kat court ja la. Senang dapat perintah mahkamah. Nanti dia kata dia mampu bayar sebulan 10 ringgit ja. Lagi senang urusan dia dia kata. Wife aku diam ja dengar ex aku cakap. Kan buat loudspeaker.
Aku rasa wife aku ni dah gila la. Ajak pi terapi tak mau. Asyik tuduh aku yang gila dengan ex aku. Aku patut hantar dia pi tanjung rambutan ka ya. Family dia pun dah buntu kenapa per4ngai bini aku macam ni. – Popeye (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Rekod Kim Pan Gon sentiasa cemerlang! Ini antara pencapaian bersama Harimau Malaya