Lepas heboh kononnya dijemput buat review restoran, kini kaklong amuk dijemput masuk TV!

TV Alhijrah trending di media sosial harini selepas menerbitkan promosi sebuah program yang melibatkan tetamu jemputan yang pernah tular berkelakuan biadap bersama anaknya baru-baru ini.

Menurut perkongsian PU Amin di Facebook, Kak Long atau nama sebenarnya Wan Baizura yang tular kerana mengamuk di 7E selepas anaknya dituduh mencuri baru-baru ini telah dijemput sebagai tetamu sebuah program tv islamik milik JAKIM itu.

Bagaimanapun PU Amin didakwa telah menurunkan hantaran berkaitan isu tersebut di FB miliknya.

Dalam hantaran tersebut PU Amin menulis,

“Ini Kak Long 7E. Kak Long ni garang ke? Saja nak viral atau luar kawalan? Kita tengok nanti dalam rancangan”.

Netizen lantas mempersoal kewajaran TV Alhijrah menjemput seorang yang biadap menjadi tetamu rancangan mereka.

Netizen mencadangkan agar pihak Al Hijrah menjemput mangsa yang bersabar dengan herdikan Kak Long itulah yang layak dijemput bukan sebaliknya.

Isu tersebut mendapat perhatian di kalangan cendiakawan yang turut membantah tindakan Al Hijrah itu.

Antara mereka yang bersuara ialah pakar hadis terkenal tanah air, Dr Rozaimi Ramlee atau RORA.

Dalam hantaran di facebook miliknya, dia menulis,

“Kecewa dengan TV Al Hijrah dengan jemputan mereka. Sepatutnya panggil pihak yang diprovokasi kerana akhlak mereka yang baik. Sekadar meluah perasaan.