Lepas kahwin makin bukan-bukan, netizen dakwa Nabila Razali dah ‘rosak’ lepas kahwin

APA sudah jadi dengan Nabila Razali? Semakin hari semakin menjadi-jadi sifat gila-gilanya dalam media sosial.

Jangan risau, bukan penyakit serius tetapi kegilaan Nabila melakukan pelbagai tarian TikTok. Hampir setiap hari pasti ada sahaja video dimuat naik.

Rata-ratanya terhibur dengan aksi bersahaja Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, yang dikatakan semakin kelakar dan terserlah sikap ‘gila-gila’ selepas mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan.

“Nabila Razali ‘rosak’ teruk selepas kahwin, tapi muka makin berseri-seri, cantik!

“Lawanya walaupun tak mekap.Makin kelakar sejak kahwin,” kata netizen.

Meskipun dilabel ‘rosak’, kebanyakan video berjaya mencecah lebih sejuta tontonan dan membuatkan ramai terhibur dengan telatahnya.

Baca juga: Teman wanita Aniq Suhair buka mulut, serik dan trauma rupanya bertahun kena pukul sampai muka berjahit