Lepas kena fail saman RM2.5 juta, Syura maafkan Siti Nordiana

Lepas kena fail saman RM2.5 juta, Syura maafkan Siti Nordiana. Penyanyi, Syura Badron, 35, berdepan saman daripada penyanyi Siti Nordiana sudah memaafkan segala persengketaan di antara dia dan penyanyi tersebut.

Syura sudah memaafkan sahabat yang dikenali sejak 13 tahun namun mengaku sukar untuk melupakan segala hal yang terjadi.

“Sebagai manusia siapalah kita untuk tidak memaafkan orang lain. Saya dengan Siti Nordiana bukannya kenal setahun dua. Kami kenal sejak usia saya 13 tahun, manakala dia berusia 15 tahun.

“Sudah lama kami berkawan dari zaman remaja lagi. Jadi bila kawan-kawan ada buat masalah sudah tentulah memaafkan itu sentiasa ada dalam hati, tapi untuk melupakan itu bagi saya terlalu peribadi,”katanya.

Menurut Harian Metro, Syura bersama empat lagi rakan yang turut berdepan saman ialah penyanyi Lan Solo dan isterinya Nur Sheila; Pegawai Perhubungan Awam FMC Music, Sam Musyadzafar dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad sudah cuba menjernihkan hubungan persahabatan dan cuba berdamai ketika proses mediasi, namun gagal menemui jalan terbaik.

“Apabila tak setuju dan kes masih berjalan jadi kami teruskan saja. Namun kalau kata sudah memaafkan atau memohon maaf, saya secara peribadi sudah memaafkan segala apa yang terjadi.

“Cuma daripada pihak dia saya tak tahu macam mana. Apapun saya harap peminat dapat mendoakan bukan hanya saya tapi untuk pihak dia juga. Mudah-mudahan kami dapat keputusan yang baik untuk kedua-dua belah pihak,” katanya.

Isu membabitkan Siti Nordiana bersama lima sekawan itu bermula apabila penyanyi itu memailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos lalu.

Dalam saman terbabit, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Kes saman fitnah membabitkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu lain kini bakal didengar di Mahkamah Tinggi.

Baca Juga: ‘Aku pantang budak kena macam ni’ – Budak darjah 1 dipalau hari pertama sekolah sebab kulit gelap

Baca Juga: Isteri tertekan kerana ketum gaji suami tidak pernah cukup, semakin panas baran