Letak nama ‘Allah’ pada stokin, ini penjelasan KK Mart

Semalam, sosial media diramaikan dengan kontroversi mengenai penjualan stokin yang mengandungi kalimah Allah S.W.T secara terbuka di beberapa cawangan KK Supermart.

Kebanyakan individu mengkritik kekurangan kesedaran sensitiviti agama oleh rangkaian runcit tersebut, terutamanya mengingat populasi majoriti penganut agama Islam di Malaysia.

Menyusul kejadian tersebut, KK Supermart telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas insiden penjualan stokin jenama MIRANOSOCK. Mereka mengakui kesilapan penjualan stokin tersebut di cawangan KK SUPER MART di Bandar Sunway semalam.

Pihak berkenaan menyatakan kekecewaan mereka dan mengambil keseriusan terhadap insiden ini, dengan segera menghentikan penjualan stokin tersebut.

Selain itu, KK Supermart juga menjelaskan bahawa produk ini adalah ‘consignment’ daripada vendor luar. Langkah-langkah telah diambil untuk menghubungi vendor bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu tersebut.

Dalam masa yang sama, KK SUPER MART juga mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang telah memberikan teguran dan komen mengenai isu ini. Mereka sekali lagi memohon maaf dan berjanji untuk mengelakkan berulangnya insiden serupa di masa hadapan.

Baca: Senarai ‘kurma berdarah’ ini jangan dimakan, semak label di kotak dulu, ini cara nak tahu dan buat aduan