Ada sesetnagh ibu bapa melakukan pelbagai cara dan keadah untuk menenangkan anak yang tidak boleh duduk diam, kali ini hanya dengan topi diletakkan atas kepala maka diamlah si anak.
Wanita ini melahirkan rasa syukur dengan cara yang begitu mudah untuk menenangkan anaknya yang tidak boleh duduk diam, hanya topi.
Tindakan kanak-kanak kecil yang tidak boleh duduk diam mampu mengganggu ketenteraman pengunjung restoran yang lain ini berlaku pada masa yang rawak.
Kadang kala, ibu bapa kepada bayi tersebut tidak tahu punca anaknya tiba-tiba meragam, apatah lagi bertindak efisien untuk menangani situasi tersebut.
Berdasarkan perkongsian seorang pengguna TikTok, Rosliza Liza (@ppcliza), wanita tersebut menunjukkan cara yang menarik untuk menenangkan bayinya.
Dalam video yang berdurasi seminit 26 saat itu, Rosliza sedang berada di kerusi penumpang dalam sebuah kereta, bersama bayi di pangkuan ribanya.
“Sekarang, kita nak bagi budak ini duduk diam, tak buas, tak lasak,” katanya sebelum memulakan ‘tutorial’.
Jelasnya, caranya sangat mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan sebarang latihan ataupun teknik yang sukar.
Selepas itu, Rosliza mengambil sebuah topi jenis ‘cap‘ berwarna hitam dari papan pemuka kereta (dashcam) tersebut.
“Kita ambil topi ni, kita letak atas kepala,” katanya sambil diiringi dengan bunyi tawa yang kecil.
Walaupun cara tersebut kelihatan agak tidak logiknya, anaknya yang pada asalnya bergerak aktif tiba-tiba menjadi pasif dalam sekelip mata.
“Dia takut dekat topi tu,” kata Rosliza sambil ketawa kecil.
Tidak lama selepas itu, wanita tersebut telah menanggalkan topi daripada kepala anaknya. Menariknya, anaknya kembali aktif dengan mengeluarkan bunyi-bunyi dan bergerak-gerak pada 1.06 minit.
Pada minit 1.10 pula, Rosliza sekali lagi meletakkan topi yang sama pada kepala anaknya. Sekali lagi, anaknya menjadi diam terkedu seribu bahasa.
Jika bayi anda jenis yang sukar dikawal, anda boleh mencuba cara yang diajar oleh Rosliza. Namun diingatkan bahawa setiap bayi dii dunia ini berbeza-beza dan mungkin ‘segelintir; yang boleh ditakutkan dengan topi.
Rata-rata warga maya yang menonton video tersebut terhibur dengan gelagat anak Rosliza yang comel dan lucu itu.