‘Level TMJ je boleh makan’ – Sebiji dah cecah RM1,157, kalau segugus berapa? Ini anggur paling mahal di dunia

Setiap kali tiba musim panas di Jepun, pasti akan ada jualan lelong buah buahan premium.

Selalunya ia melibatkan golongan kaya yang mahu publisiti dan juga peniaga yang mahu menawarkan buah-buahan premium kepada pelanggan mereka.

Di Jepun, buah tembikai dianggap sebagai raja buah dan sebagai simbol kekayaan seseorang. Pernah suatu ketika tembikai dilelong pada harga $16,590.

Tembikai Premium

Pada majlis lelongan tahun 2008, buah anggur jenis ruby roman direkodkan telah dijual pada harga 100,000 yen(RM3763) bagi setiap 700gram. Ini adalah jumlah yang tertinggi yang pernah dijual untuk segugus anggur.

Lebih mengejutkan pada tahun 2016, 700gram anggur Ruby Roman dijual dengan harga 1.1juta yen(RM34,733) pada majlis lelongan yang diadakan.

Pembeli yang membeli anggur Ruby Roman itu dikenali sebagai Takamaru Konishi merupakan pemilik sebuah pasar raya.

Beliau bercadang mempamerkan anggur itu di pasarayanya dan memberikan kepada pelanggan secara percuma.

Apa yang membuatkan anggur Ruby Roman ini begitu istimewa?

Baka anggur ini diperkenalkan pada tahun 2008 dan dikatakan penghasilan anggur unik ini mengambil masa 14 tahun.

Ia merupakan projek yang dibiayai oleh Kerajaan Jepun sendiri.

Secara fizikalnya, anggur unik ini bersaiz besar jika dibandingkan dengan anggur biasa dan kecil sedikit berbanding bola pingpong.

Namun, ada syarat yang dikenakan sebelum anggur ini dipasarkan yang menjadikan ia lebih unik.

Berat setiap anggur ini dikehendaki minimum 20g dan peratusan manisnya melebihi 18%. Warnanya pula perlu kemerah-merahan seperti ceri atau tomato.

Syarat-syarat ini menjadikan anggur Ruby Roman ini begitu terhad setiap tahun. Pada tahun 2016 hanya 6 gugus anggur yang melepasi tapisan dan pada tahun 2011 tiada anggur yang dapat dijual kerana tidak melepasi syarat.

Baca juga: Gila! Ramai anak muda sekarang buka akaun darkside untuk melacur, ini sebabnya..