Beralih tumpuan mendalami bidang keagamaan dan kerohanian, pengacara dan bekas penyampai radio Era dan Hot FM, Faizal Ismail, 46, menganggap dirinya kini lebih tenang dan menghargai setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT meski mungkin tidak dilihat kaya seperti dahulu.
Menerusi temubual Faizal bersama mStar, Faizal mengatakan beliau mengahdapi pelbagai cabaran dan ujian ditempuhi sehingga mengganggu kesihatan fizikal dan mental tanpa diketahui punca sebenar.
Beliau diuji dengan kekusutan hingga sukar untuk tidur selama kira-kira lima bulan.
“Allah uji dekat saya tak boleh tidur malam selama lima bulan.
“Doktor sahkan saya tak ada apa-apa masalah kesihatan dan saya pun dah buat perubatan Islam untuk tahu mungkin ada sakit lain.
“Rupa-rupanya ini ujian Allah kepada saya supaya lebih mendekatkan diri kepada-Nya,” katanya kepada mStar.
Ketika ditanya tentang perkembangan kerjayanya dalam industri hiburan, Faizal berkata dia mengambil keputusan untuk berhenti sepenuhnya dan tidak melibatkan dalam dunia hiburan kecuali program yang bercorak Islamik.
“Saya tak nak lagi berada dalam bidang hiburan secara keseluruhan kecuali kalau program itu berbentuk Islamik dan unsur dakwah insyaAllah saya akan libatkan diri,” ujarnya.