Lima cara halau lipan masuk bilik air. Lipan antara binatang yang selalu dijumpai dalam rumah terutamanya di bilik air yang seringkali membuat kita terkejut dan tertanya bagaimana mahu menghalang lipan ini daripada terus berada di dalam rumah.
Walapun lipan ini saiznya lebih kecil namun haiwan ini juga berbisa, jika tidak dihapuskan segera ia boleh membesar di dalam rumah.
Gigitan lipan juga boleh menyebabkan bengkak dan anda perlu mendapatkan rawatan di hospital atau klinik. Tempat yang palin disukai lipan ialah tempat yang lembap atau berair.
Ini adalah lima cara untuk menghalau binatang tersebut dari memasuki bilik air di rumah anda:
1. Pastikan ruang kering dan bersih
Memandangkan lipan suka tempat yang sejuk, lembap dan berair makan pastikan kawasan seperti dapur, stor atau bawah singki sentiasa kering supaya tak jadi tempat membiak haiwan ini.
2. Tabur garam
Kita juga boleh gunakan garam dalam menghalau pelbagai serangga perosak termasuklah lipan. Taburkan garam pada laluan lipan bagi memastikan ia tidak datang lagi.
Jika garam sudah berkurangan, boleh tambahkan lagi sehingga tidak nampak lagi kelibat lipan.
3. Ubat gegat
Bau ubat ini yang tajam dan kuat memang tak disukai oleh binatang termasuk lipan. Sebab itu ia berkesan dalam menghalau pelbagai serangga. Boleh juga letak ubat ini termasuk di tempat lembap dalam rumah.
4. Buat semburan cecair pencuci pinggan
Boleh sediakan bancuhan ini, campurkan segelen air suam yang dicampur dua sudu sabun pencuci pinggan. Isi dalam botol semburan.
Sembur pada kawasan yang lembap dan boleh juga sembur terjumpa lipan untuk menghalau dan membunuhnya. Lipan yang terkena air semburan ini akan mati bila air ini mengering
5. Serai
Lipan juga tidak suka bau serai jadi boleh gunakan bahan ini untuk menghalaunya. Boleh tumbuk atau hiris beberapa batang serai dan letak di kawasan yang sering dilalui lipan.
Cara di atas lebih selamat berbanding menggunakan racun serangga terutama bila kediaman ada anak kecil. Selain itu juga boleh gunakan semburan serangga jenis organik yang ada di pasaran.
Semoga ini dapat membantu anda.
Baca Juga: Nak beli kereta terpakai? Lelaki kongsi 11 tip untuk pilih kereta yang betul
Baca Juga: Adab ini perlu dijaga ketika bertandang raya nanti antaranya jangan tanya ‘bila nak kahwin’