Ramai tak sedar selama ini mereka ibarat makan ‘hampas’ apabila khasiat sayur hilang lantaran salah cara memasaknya.
Jadi, penting untuk kita tahu cara untuk mengelakkan kehilangan banyak khasiat dalam sayur.
Sayur-sayuran patut dimasak ketika ia masih segar kerana rasa, rupa dan nilai makanan itu dalam keadaan terbaik.
Sebaiknya, ia disediakan sejurus sebelum memasak kerana jika dibiarkan lama dalam air, ia boleh menyebabkan sebahagian khasiatnya menyerap keluar.
Apabila kita makan, kita sebenarnya membuat pelaburan pada kesihatan. Kesan pelaburan ini bergantung kepada jenis makanan diambil dan cara masakan yang dibuat.
Ini 5 cara masak sayur yang dapat mengelakkan kehilangan zat makanan untuk manfaat tubuh:
1) Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat saja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya.
2) Elakkan memotong sayur-sayuran kepada potongan kecil, jika boleh usah memotong sayur berkenaan.
3) Memasak secara mengukus lebih baik jika dibandingkan dengan cara merebus kerana dapat memastikan zat pada sayur-sayuran itu tidak hilang dengan banyak. Jika mahu merebus, pastikan sayur-sayuran tidak direbus hingga ia lembik.
4) Selain sayuran yang perlu dimasak, ulam-ulaman turut mempunyai khasiat yang banyak termasuk banyak bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.
5) Untuk kentang organik pula, usah buang kulitnya sebelum memasak kerana kulit kentang organik mengandungi kandungan antioksida yang tinggi.
BACA JUGA Kaki ‘hiking’ elok cuba ‘cabaran’ mendaki Gunung Benten, dijamin tak sesat