Lima termasuk kanak-kanak maut dalam kemalangan berhampiran Banjaran Titiwangsa. Kejadian yang melibatkan kenderaan pelbagaiguna (MPV) dan pacuan 4 roda itu berlaku di Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, nahas itu membabitkan tujuh mangsa, dua daripadanya hanya mengalami cedera ringan lapor Harian Metro.
Pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 3.45 petang tadi dengan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik segera digerakkan ke lokasi.
Perodua Alza lawan Toyota Hilux
“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian melakukan kerja menyelamat mangsa menggunakan peralatan khas dengan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jeli, Kelantan untuk rawatan lanjut.
“Mangsa yang maut pula diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam perkembangan sama, katanya, mangsa yang maut dalam insiden itu berusia antara lima hingga 59 tahun.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan berkata, lima mangsa yang disahkan maut di tempat kejadian adalah mereka yang menaiki Perodua Alza.
Baca Juga: Tiga melecur selepas kapal terbakar, selamatkan diri dengan terjun sungai
Baca Juga: Maut akibat murung melampau, mangsa buli ini dipaksa buat seks dengan kucing