Menurut laporan media China, kontrak ekslusif kumpulan terkenal Blackpink bakal terhenti Ogos ini dan kemungkinan salah seorang ahli iaitu Lalisa bakal meninggalkan kumpulan.
Agensi tersebut dikhabarkan mengharapkan ‘persetujuan dramatik’ namun masih tiada kata putus dari keduanya.
Rundingan bersama Jisoo, Jenny dan Rose pula dikhabarkan berjalan lancar.
YG Entertainment menafikan sekerasnya tuduhan tidak berasas berkaitan kontrak yang melibatkan ahli kumpulan Lalisa.
Ada juga khabar angin yang mengatakan Jisoo dan Jennie akan meninggalkan syarikat rakaman itu untuk bergerak solo manakala Rose pula akan menyambung kontrak.
Namun ia hanyalah khabar angin. Sama sama kita nantikan kebenarannya.
Baca juga: Bahagia selepas cerai, netizen tidak puas hati Puteri Sarah tak hormati tempoh idah