Peserta himpunan mula memenuhi pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Bangsar bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap serta-merta.
Memetik dari Utusan, Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, para peserta berbaju hitam sambil memegang plakad bertulis lawan, setakat pukul 10.45 pagi tadi.
Beberapa anggota polis juga ditempatkan di bagi mengawal sebarang kemungkinan keadaan.
Sebelum ini, sebanyak 30 kumpulan masyarakat dan 11 parti politik menyokong perhimpunan itu.
Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki sebelum ini dijangka mengadakan demonstrasi di jalan raya bermula pukul 11 hari ini bagi menuntut Ketua Pesuruhjaya SPRM itu ditangkap serta-merta.
Jawatankuasa itu turut menuntut supaya proses undang-undang ke atas Azam bermula segera dan SPRM dirombak serta diletakkan di bawah Parlimen.
Kontroversi membabitkan Azam Baki menjadi pertikaian ramai selepas timbul dakwaan berhubung isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat yang dibangkitkan beberapa agensi media dan portal bebas sejak beberapa bulan lalu. – UTUSAN