[Live Video] Jenazah Siti Sarah tiba di pusat pengebumian

Jenazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak selepas jam 1 tengah hari ini. (vide0 live di bawah)

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke tanah perkuburan itu pada kira-kira jam 1 tengah hari ini dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini.

Siti Sarah, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; Ariq Matin, 6; dan bayi lelakinya yang dilahirkan Jumaat lalu.

Wartawan Astro AWANI, Fareez Azman berada di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu untuk melaporkan perkembangan dari semasa ke semasa.

sumber : https://www.astroawani.com/berita-hiburan/jenazah-allahyarham-siti-sarah-dijangka-dikebumi-selepas-jam-1-tengah-hari-ini-313108