Pelakon Liyana Jasmay masih mengekalkan kecantikannya meskipun tanpa secalit solekan di wajah ketika berkongsikan hantarannya di media sosial baru-baru ini.
Dalam video yang dikongsi, Liyana turut menceritakan bahawa dia menghadapi masalah kurang tidur disebabkan kesibukan penggambaran.
“Bila belum tidur lebih dari 16 jam. Dapat makan burger sedap, nak menangis! Semalam penat berlakon, kena rasuk, lebam kaki, telinga berdarah, mata kabur. Tapi alhamdulillah untuk semuanya. Saya sangat bersyukur,” tulis Liyana dalam TikTok.
Rata-rata netizen ramai yang mengakui pelakon wanita itu masih kelihatan cantik dengan wajah polos namun ada juga yang turut memberi komen jelik.
“Antara artis yang berani tampil tanpa solekan. Tidak menipu. Awak sungguh ‘authentic’ (tulen),” kata seorang pengikutnya.
“Saya nak beritahu awak sesuatu. Awak sungguh cantik walaupun tanpa solekan. Serius, sangat cantik! Sayang awak,” puji seorang peminatnya.
“Elok tak ada ‘control’ cantik walaupun artis. Jadi diri sendiri apa salahnya,” ujar seorang lagi netizen.
“Ya Allah macam mana suami dia boleh suka?” ujar seorang lagi pengguna TikTok.
Sebelum ini, Liyana pernah menjadi sasaran kritikan netizen disebabkan perubahan warna kulitnya yang dikatakan semakin gelap berbanding sebelum ini.