Long Tiger akhirnya diberkas polis, tahniah Ayob Khan

Lelaki berketurunan Rohingya, dikenali sebagai “Long Tiger”, yang lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor Bahru, sejak 13 hari lalu, akhirnya diberkas polis.

Difahamkan, “Long Tiger” atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, ditahan dalam operasi khas dijalankan sekitar Johor Utara.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay, dijangka mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, esok, menurut laporan Kosmo.

Dalam kejadian 11.55 pagi 15 Dis lalu, Hamim bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak, sebelum perbicaraan bermula.

Lelaki itu diambil dari penjara Sungai Udang untuk perbicaraan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan.