Loya tekak! Baru nak makan sekali tikus sebesar lengan jatuh atas dulang makanan

Seorang wanita yang hamil 16 minggu, serta keluarganya sedang makan tengah hari di sebuah pusat makanan di Orchard Road apabila seekor tikus jatuh dari siling ke mejanya.

Ibu kepada wanita tersebut, yang tidak ingin namanya didedahkan, memberitahu bahawa kejadian itu menyebabkan anak perempuannya yang berusia 27 tahun berasa trauma kerana bimbang tentang kesihatan bayinya.

Wanita lebih berusia itu, yang dikenali sebagai Cik Lim, berkata anak perempuannya kini mengambil ubat yang diberikan oleh doktor pakar sakit puan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah pusat penjaja Tangs Market, Singapura. Ketika mengimbas kembali insiden tersebut, Cik Lim berkata anak perempuannya itu sudah makan separuh daripada hidangannya, ketika dia rasa “air menitis” di tangannya yang memegang penyepit. Titisan air itu juga meninggalkan tanda di kardigan wanita tersebut.

Ketika anak perempuannya mendongak ke atas untuk mencari sumber titisan air itu, dia melihat seekor tikus. Dia berdiri dan menjauhkan diri dari kerusinya selepas melihat tikus tersebut.

Beberapa saat kemudian, wanita itu terdengar “dentuman kuat” apabila tikus tersebut terjatuh ke atas dulang makanannya.

Cik Lim dan keluarganya ke jabatan kecemasan Hospital Gleneagles, Singapura yang menelan belanja RM5,359.84.

Pada Isnin (27 Nov), anak perempuan Cik Lim itu bertemu seorang pakar sakit puan bagi sesi rawatan. Dia diberi antibiotik dan probiotik kerana risiko pencemaran tikus dan potensi risiko leptospirosis.

Leptospirosis merupakan penyakit bakteria yang menjejas manusia dan haiwan, dan boleh menyebabkan pelbagai gejala. Komplikasi termasuk kerosakan buah pinggang dan kegagalan hati.

Dalam satu memo perubatan yang dikongsi, doktor mengesahkan bahawa wanita mengandung itu serta bayi dalam kandungannya dalam keadaan sihat ketika menjalankan sesi rawatan pada Isnin.

Pada Sabtu, iaitu hari kejadian, seorang pengurus Tangs yang bertugas memohon maaf atas kejadian tersebut. Lewat petang itu, Tangs meminta alamat Cik Lim, supaya “hamper kesihatan” dapat dihantar.

Sebagai respons, Cik Lim berkata: “Kita tidak inginkan hamper kesihatan itu. Kita ingin tahu bagaimana Tangs akan menyelesaikan isu ini.”

Dalam mesej seterusnya, Tangs juga menawarkan kad hadiah dan meminta resit bil hospital.

“Bagi pihak pengurusan Tangs untuk tidak menghiraukan insiden ini dengan menawarkan baucar RM930.48, untuk membiayai perbelanjaan dan hari cuti kita adalah satu penghinaan,” balas Cik Lim.

Dalam satu kenyataan yang diterbitkan pada Rabu (29 Nov), Tangs mengesahkan insiden melibatkan tikus di atas dulang makanan, kira-kira pukul 2.55 petang pada Sabtu, di pusat penjaja Tangs Market.

Syarikat itu menyatakan “pelanggan yang terjejas yang sedang duduk di pekarangan itu ketika insiden berlaku sudah dibantu”.

Namun ia tidak menyebut sebarang interaksi bersama Cik Lim dan keluarganya.

Baca juga: โ€œBawak pesawat macam bawak kereta.โ€ Gadis ini bawa pesawat sendiri ke London semata nak tengok perlawanan bola sepak