Penyanyi yang semakin meningkat naik, Aisha Retno mendedahkan ada dalam kalangan artis senior yang kurang berpuas hati dengan dirinya.
Finalis The Hardest Singing Show (THSS) itu turut mendakwa tindakan penyanyi senior itu turut menjejaskan fizikal dan mentalnya ketika ini.
“Ganggu bukan secara terang-terangan tetapi mereka ada misi. Saya tak berani nak beritahu sama ada mereka cuba jatuhkan saya atau apa tetapi antara caranya ialah menjauhkan diri.”
“Apa yang saya alami ialah kesakitan mental dan fizikal tetapi mungkin juga disebabkan keletihan tetapi memang ada berlaku perubahan dalam diri.”
Aisha turut terkejut apabila penyanyi tersebut pernah menjadi idolanya suatu ketika dahulu dan terkedu kerana industri yang kecil ini juga mempunyai masalah sebegitu.
“Saya terkilan dan kecewa sebab saya pernah mengidolakan mereka ketika mula masuk industri. Agak terkejut sebab tidak semua orang baik.”
“Syukur saya dipagari dengan ibu bapa yang ada ilmu agama, minta dijauhkan perkara sebegitu (sihir).”
Penyanyi itu bagaimanapun enggan mendedahkan individu yang disebut dan akan terus mengembangkan kariernya meskipun berdepan gangguan dari pihak tersebut.
Baca juga: Rupanya Jom Donate dah lama ‘kaut’ untung, papar syarat 5.5% setiap sumbangan!