Lucinta Luna ubah muka bak Lisa Blackpink, sanggup ke Korea untuk pembedahan plastik. Influencer terkenal Indonesia ubah wajah untuk kelihatan cantik.
Perkara ini dikongsi sendiri oleh Lucinta di laman Instagram miliknya selepas menjalani prosedur pembedahan pada 23 Mac lalu.
Lucinta memuat naik gambar dengan kapsyen ‘Selamat tinggal Lucinta Luna’.
Menurut Mstar, dia dikatakan mahu menukar wajahnya mirip penyanyi dari kumpulan popular Korea Selatan Blackpink Lisa.
Sebelum ini Lucinta dilihat pernah bertanya pendapat peminat tentang wajah selebriti Korea selatan yang sesuai dijadikan rujukan seb elum dia memuat naik gambar video Lisa dan kemudian mengelarkan dirinya Lucinta Blackpanther.
Dalam beberapa perkongsian lain di Instagram, Lucinta dilihat masih menjalani aktiviti harian seperti biasa dengan keadaan muka masih berbalut.
Dia kini menggelarkan dirinya sebagai Ratu Keabadian, dia juga tidak sabar untuk menunjukkan wajah selepas pembedahan kepada peminat.
“Ratu Keabadian yang baru, bukan Lucinta Luna lagi kerana bahagian kepala sudah diganti.
“Sudah kelihatan seperti wajah siapa? Tidak sabar untuk tunjukkan wajah terbaru saya,” ujarnya.
Baca Juga: Tak kisah ditinggal isteri, lelaki rela jadikan buaya sebagai teman hidup