Lucinta Luna ubah wajah lagi, kini mahu kelihatan persis Blackpink Jisoo

  • Post author:

Lucinta Luna boleh dikatakan terkenal dengan pembedahan plastik. Influencer terkenal dari Indonesia itu pernah berkolaborasi dengan Aliff Syukri untuk sebuah lagu tak lama dahulu.

Sebelum in dia pernah mendakwa selepas pembedahan muka, dia akan terlihat seperti Blackpink Lisa, kini dia tampil dengan wajah baru lagi dan members amaran supaya orang tidak keliru di antara dia dan Blackpink Jisoo.

“Nanti kalau semuanya sudah semakin pulih, harap semuanya jangan terperanjat jika wajah saya mirip Jisoo Blackpink”

Lucinta juga berjanji kepada pengikut-pengikutnya akan menunjukkan hasil selepas luka pembedahan telah baik dan kering.

Dalam pada itu, Lucinta sempat menerangkan bahawa luka jahitan pada bahagian hidung dan rahang masih belum pulih sepenuhnya dalam entrinya di Instagram.

Baca Juga: Lucinta Luna ubah muka bak Lisa Blackpink, sanggup ke Korea untuk pembedahan plastik

Baca Juga: Pesara histeria temui tengkorak manusia berselerak ingatkan penjenayah, rupanya bintang luwak punya kerja