Meminta maaf kepada tuan rumah disebabkan kesalahan menyimbah cat merah pada rumahnya, padahal dia tidak pernah meminjam kepada mana-mana Ah Long.
Kejadian itu berlaku di Batu Pahat Batu Pahat baru0baru ini, di mana sekumpulan peminjam Ah Long mengambil kesempatan memohon maaf kepada tuan rumah itu.
Permohonan maaf itu dibuat selepas mereka menyimbah cat merah di rumah yang salah, menyebabkan sebahagian kawasan rumah kelihatan tompok berwarna merah.
Perkara yang paling tak masuk akal sekali mereka menyimbah cat merah di rumah yang salah dua kali.
“Kami perasan kami telah menyerang rumah yang salah sebanyak dua kali sehingga menyebabkan keluarga itu hidup dalam ketakutan.”
Menurut catatan itu, tuan rumah yang menjadi sasaran itu telah membawa perkara ini ke media sosial dan memaklumkan kepada orang ramai tentang perkara itu selepas “serangan” pertama, tetapi pemberi pinjaman hanya menyedari kesilapan mereka baru-baru ini.
Kumpulan pemberi pinjaman itu dengan rendah hati dan secara terbuka memohon maaf atas kesilapan mereka dan berjanji akan membayar pampasan.
“Kami akan membayar pampasan untuk kerosakan dan kami akan memohon maaf secara peribadi kepada pihak keluarga.”
Baca juga: Jual rumah pusaka dengan separuh harga, remaja ini ditipu semata-mata mahukan motosikal