Label orang Melayu sebagai pemalas seorang fonder Kemboja yang berniaga kain secara pukal dikecam netizen sambil memuji orang Kemboja adalah rajin berniaga.
Wanita itu tampil mendakwa ia hanyalah gurauan dan membuat permohonan maaf. Bagaimanapun, cara permohonan maaf yang tidak dapat diterima sesetengah netizen yang dilihat seperti berlagak.
Beliau merupakan saudagar kain kelahiran Kemboja mengundang rasa marah orang ramai apabila menuduh orang Melayu sebagai pemalas tak seperti orang Kemboja.
Isu ini membuatkan Persatuan Melayu Champa Johor Bahru membuat laporan polis tidak bersetuju dengan kenyataan usahawan tersebut.
Wakil komuniti Melayu Champa, Kemboja di Johor Bahru menganggap apa yang dikatakan sebagai rasis.
Sedar dirinya menyentuh sensitiviti orang Melayu, usahawan bernama Madame Mariyah tampil dengan permohonan maaf.
Wanita ini mengakui ketelanjurannya dalam berkata-kata dan turut memaafkan netizen yang telah memaki hamun bangsa Kemboja.
Saya maafkan semua orang sebab saya nak jadi orang yang berlapang dada. Saya tak pernah koyak, saya akan koyak bila Allah tak pandang saya dan Allah tak reda dengan saya.