Hari ini, baju atlet Olimpik Paris dari kontinjen Malaysia baru sahaja diubah suai setelah dikecam netizen kerana seakan baju tidak siap.
Baju baharu memaparkan elemen-elemen yang lebih garang dan juga lebih ‘wow’ berbanding edisi lama.
Justeru itu, mari kita lihat baju atlet kontinjen negara lain yang lebih memukau dan cantik yang direka khas untuk ke acara sukan Olimpik Paris 2024.
1. Perancis
Tuan rumah Olimpik Paris 2024 telah menggunakan warna bendera Perancis yang bertemakan Bleu-Blanc-Rouge yang menunjukkan keseluruhan warna yang digunakan adalah warna putih,
2. Amerika Syarikat
Pereka pakaian terkenal, Ralph Lauren telah diberi tanggungjawab untuk mereka baju atlet Olimpik sejak tahun 2008.
Untuk tahun ini, mereka menggunakan warna dari bendera AS iaitu merah, putih dan juga biru.
Untuk acara pembukaan, atlet pasukan AS akan mengenakan blazer klasik Ralph Lauren berwarna biru navy dengan perincian merah dan putih. Blazer tersebut akan dipadankan dengan baju Oxford, tali leher biru, dan seluar jeans berwarna biru cerah.
Untuk acara penutup, Ralph Lauren telah mereka jaket bergaya lumba kereta dengan patch bendera Amerika Syarikat sebagai perincian. Jaket tersebut akan dipadankan dengan seluar jeans berwarna putih.
3. Great Britain
Adidas telah diberi tanggungjawab untuk mereka baju atlet Olimpik pada tahun ini. Pakaian yang direka juga nampak lebih simple namun masih menunjukkan elegen dan keselesaan yang tinggi.
4. Jepun
Asics Corp mereka pakaian rasmi buat atlet dari Jepun dan menggunakan 34% bahan kitar semula dengan warna baju yang berwarna merah terang.
Pakaian ini turut mengambil kira kepanasan yang bakal dirasai di Paris setelah dilancarkan pada April lalu.
5. Sepanyol
Jenama Joma telah memperkenalkan koleksi pakaian rasmi untuk atlet Sepanyol yang akan dipakai di Olimpik Paris 2024. Pakaian tersebut direka dengan menggunakan warna merah dan kuning, yang merupakan warna utama dari bendera Sepanyol.
Baca juga: Bukan hanya Zhang Zhi Jie, ini antara pemain badminton dunia terkorban akibat serangan jantung