Sejumlah 32 penumpang roller coaster di Universal Studios Jepun dilaporkan terkandas dalam keadaan terbalik selepas permainan itu mengalami kegagalan dan tidak berfungsi, seperti yang dilaporkan oleh portal berita Asiaone pada hari ini.
Operasi roller coaster Flying Dinosaur terhenti di trek sekitar pukul 11 pagi waktu tempatan.
Kejadian tersebut menyebabkan satu gerabak roller coaster terkandas di salah satu titik tertingginya, kira-kira 40 meter dari tanah.
Akhbar The Yomiuri Shimbun melaporkan bahawa pengendali taman permainan itu memberitahu bahawa semua penumpang telah dibawa turun menggunakan laluan pemindahan oleh kakitangan taman permainan tersebut.
“Roller coaster berhenti secara automatik jika penderia yang dipasang mengesan gangguan,” kata pengendali taman permainan itu.
Baca juga: Ini cara senang buat latte tapi guna serbuk kopi kampung je, yang penting rasa sedap macam kat cafe!