Seorang ibu di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat, memiliki selera makan yang aneh dengan kecenderungan memakan bedak bayi, bahkan mampu menghabiskan satu botol bahan tersebut setiap hari.
Dreka Martin, 28, mendakwa bahawa dia mengalami pica, suatu gangguan pemakanan yang dicirikan oleh hasrat untuk memakan bahan-bahan yang bukan makanan, seperti kapur atau cat.
Dia mendedahkan bahawa setiap hari, dia memakan sebotol bedak bayi, dan pada tahun ini, dia sudah menghabiskan bedak bayi yang jumlahnya bernilai AS$4,000 (kira-kira RM18,656).
Dreka berkata, ketagihannya terhadap bedak rawatan kulit itu bermula ketika dia ingin merasakannya setelah memandikan anaknya, 10 tahun yang lalu.
“Perkara kegemaran saya mengenai memakan produk putih itu ialah ‘mencairkannya’ di dalam mulutnya dengan mengunyahnya sehingga 40 saat sebelum menelannya,” katanya.
Menurutnya, ‘ketagihan’ itu menjadi lebih teruk pada tahun 2014 dan mencapai puncaknya pada Januari 2023, setelah kematian dua orang yang disayanginya.
Dreka berkongsi tabiat peliknya itu di TikTok. Perkongsiannya itu mendapat lebih daripada 400,000 suka dan 24,000 pengikut, termasuk beberapa yang mengalami masalah serupa dan yang lainnya yang menyelar tabiatnya itu.