Macam mana orang ini boleh ada sampai RM1102.36 dalam Touch ‘n Go? Individu berpengalaman je ada ilmu ini. Unikan cara simpanan duit dalam Touch ‘n Go.
Semua tahu, Touch ‘n Go sebagai sistem pembayaran elektronik yang luas digunakan untuk tol, pengangkutan awam, parkir, dan pelbagai perkhidmatan lain.
Di laman X memperlihatkan seorang lelaki mempunyai baki lebih RM1,000 di dalam kad Touch ‘n Go ketika membuat pembayaran di lorong tol.
Menerusi video tersebut, lelaki tersebut meminta rakannya untuk meramal berapa baki yang akan tersenarai apabila kad Touch ‘n Go disentuh. “Tak pasti la, mungkin ada RM10, RM20 atau RM30 macam tu kot,” jawab rakannya.
Namun, apabila kad Touch ‘n Go disentuh, rakannya terkejut apabila mendapati jumlah RM1,102.36 dipaparkan.
“Weh 1,000, ko buat apa woi top-up seribu dalam kad Touch ‘n Go,” soal rakannya dengan hairan.
Warganet turut mempersoalkan tujuan mempunyai nilai sebanyak itu di dalam kad Touch ‘n Go dan mencetuskan kebimbangan tentang kemungkinan nilai tersebut dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Kalau tiba-tiba kad Touch ‘n Go itu hilang atau kena curi, memang untung siapa yang dapat, boleh berjalan percuma ke seluruh Malaysia. Kenapa ada duit sebanyak tu dalam Touch ‘n Go, tak silap aku duit yang dah masuk Touch ‘n Go ni tak boleh keluarkan semula sebagai tunai.
“Woi, separuh daripada gaji bulanan aku dalam kad Touch ‘n Go dia je, aku agak terkesan dengan pendedahan ni. Sikitnya pendapatan aku. Kenapa ada duit sebanyak tu dalam Touch ‘n Go, tak silap aku duit yang dah masuk Touch ‘n Go ni tak boleh keluarkan semula sebagai tunai,” komen seorang warganet.
Warganet yang pernah menyimpan nilai sebanyak itu di dalam kad Touch ‘n Go memberikan penjelasan mengenai tujuan mereka melakukannya.
Ada yang menyatakan bahawa syarikat memberikan kad Touch ‘n Go dengan jumlah nilai yang tinggi kepada mereka yang selalu melakukan perjalanan luar daerah atau pemandu syarikat untuk memudahkan pembayaran tol.
“Ya betul, biasanya mereka yang selalu kena keluar kawasan atau pemandu syarikat, syarikat akan bagi kad Touch ‘n Go macam ni siap-siap. Nanti dah tak perlu claim tol.
Ada juga yang suka masukkan terus ‘segedebuk’ duit ke dalam kad Touch ‘n Go setiap awal bulan, senang nanti dah tak perlu risau kalau tiba-tiba tak cukup baki,” jelas beberapa warganet yang memberikan pandangan mereka.
Baca juga: Kenali 5 putera raja yang paling ‘ganteng’ sekali di dunia, ‘memang cairlah bila tengok’