Selama hidup ini kali pertama dapat lihat ketam salin kulit. Pernahkah anda lihat ketam bersalin cengkerang? Kalau tak pernah, jom kami kongsikan momen-momen rare haiwan laut itu menukarkan cengkerang.
Video detik-detik jarang dilihat oleh manusia itu telah sempat dirakam sebelum dikongsikan di Facebook Daily Mail baru-baru ini.
Dalam video yang berdurasi selama empat minit itu, dapat dilihat proses ketam bertukar cengkerang itu memakan masa yang agak lama kerana ketam itu menolak keluar badannya dari cengkerang lamanya.
Menurut penjelasan dalam video terbabit, ketam perlu bersalin cengkerang, sama seperti manusia perlu menukar baju apabila badan kita makin besar, jadi baju lama dah tak muat.
Proses ini dipanggil sebagai molting dalam bahasa Inggeris atau ganti kulit jika diterjemah ke dalam bahasa Melayu.
Sehari sebelum proses molting ini, ketam tersebut akan menyerap air laut masing agar badannya akan kembang.
Pernah tengok ketam salin kulit? Nah, tengoklah video ni betul-betul dan ingat macam mana caranya.
— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) November 28, 2023
Bukan apa. Mana tahu nanti kena sumpah jadi ketam sebab lama tak call mak ayah kat kampung.
Sediakan payung sebelum hujan. pic.twitter.com/u7qLjVqB6M
Apabila kembang, ia akan memudahkan haiwan laut ini untuk menolak keluar badannya dari cengkerang lama.
Difahamkan juga, cengkerang baru ketam memang akan lembut pada awalnya, namun selepas beberapa hari hingga sebulan, cengkerang tersebut akan menjadi keras.