Macam orang muda! Video Tun M ‘drive’ guna sebelah tangan tarik perhatian netizen

Walaupun sudah berusia mencecah 99 tahun, Tun Mahathir yang juga Perdana Menteri keempat dan ketujuh dilihat masih lagi sihat dan bertenaga.

Melihat kepada video yang tular di laman sosial, Tun M dilihat memandu atau ‘test drive’ kenderaan baharu iaitu S70 di ibu kota.

Apa yang menarik perhatian ialah, Tun yang terkenal dengan gelaran Che Det itu hanya memandu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.

Lebih membanggakan, bekas Perdana Menteri itu turut mendengar radio tempatan iaitu HotFM ketika sedang dalam perjalanan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat Tun M yang dilihat masih sihat dan seperti orang muda apabila memandu kenderaan baharu keluaran Proton itu.

Baca juga: Tulisan jawi ‘Pelihara Allah’ di bola final Piala FA buat ramai kecewa, peminat mahu MFL lebih sensitif