Usia baby sudah menjangkau sebu;an lebih namun pemilik nama penuh Eriyca Baiduri Abd Rashid atau Madammu baru umum nama baby yang menjalani proses in vitro fertilization (IVF).
Usahawan terkenal terkenal itu mengumumkan nama babynya adalah Ahmad Kayden atau A.Kayden sebaik sahaja suaminya membuat surat beranak anaknya.
Banyak sangat desas-desus daripada pengikutnya sambil meneka nama anak, jadi Madammu malas lagi nak sembunyi nama anak dari khalayak.
“Ada yang teka betul di akhir nama belakang, jeyden, aden, dan ada teka Ahmadi semuan itu salah,” kata Madammu.
Mula-mula dia menyebut Ahmad saja sambil melawak “sebenar benarnya dia nama Ahmad saje”.
Sambil melawak dia gelak besar “suka main-main tau”.
Lalu Madammu meminta suaminya yang menyebut dahulu nama anak dengan rasminya nama dia adalah Ahmad Kayden.
Dalam Islam disunat diberikan nama kepada anak yang baru dilahirkan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya.
Madammu telah melahirkan anak sebulan yang lalu bagaimanapun masih belum mendedahkan nama, wajah dan jantina anaknya yang dipanggil Baby A.
“Alhamdulillah, baby A selamat dilahirkan di hari jumaat yang penuh barakah! Syukur!,” tulisnya.
Teruja dengan berita gembira itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.
Baca juga: Nak beli mahal, lebih baik buat sendiri-Chef kongsi cara buat ‘donut peach viral’