Banjir besar dan hujan lebat melanda utara Arab Saudi pada 30 Mac lalu memaksa jalan-jalan ditutup dan sesi persekolahan dibatalkan.
Video yang tersebar di media sosial menunjukkan banjir kilat dah macam tsunami berlaku di wilayah Al-Ula dan Madinah.
Rakaman yang dikongsikan menunjukkan hujan lebat melanda kawasan berhampiran Masjid Al-Nabawi.
Rakaman AFPTV menunjukkan kereta yang sebahagiannya tenggelam bergelut untuk memandu melalui genangan air di wilayah tengah Qassim, antara satu kawasan yang paling teruk dilanda banjir.
Pusat meteorologi negara mengeluarkan amaran merah untuk Qassim dan kawasan lain termasuk wilayah timur di Teluk, ibu kota Riyadh dan wilayah Madinah yang bersempadan dengan Laut Merah.
Ia memberi amaran hujan lebat dengan angin kencang, jarak penglihatan mendatar, hujan batu, hujan lebat dan petir.
Ia berlaku beberapa hari selepas banjir kilat melanda negara jiran, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Oman, dalam kejadian jarang berlaku yang sebahagiannya disebabkan oleh perubahan iklim.
Pada November 2022, bandar Jeddah dilanda banjir akibat hujan lebat, yang meragut nyawa dua orang.
Hujan lebat minggu ini di Arab Saudi berikutan hujan lebat yang melanda wilayah itu pada pertengahan April, mengorbankan 21 orang di Oman dan empat di Emiriah Arab Bersatu, yang menerima hujan paling lebat sejak rekod bermula 75 tahun lalu.
Pemanasan global yang disebabkan oleh pelepasan bahan api fosil kemungkinan besar memburukkan lagi hujan, menurut kumpulan pakar saintis dalam kajian yang diterbitkan minggu lalu.
Dalam masa sama, ada yang mengaitkan musibah banjir itu ada kaitan dengan program maksiat dan hiburan melampau berlaku di Arab Saudi sejak Wawasan Saudi 2030 dilancarkan pada tahun 2016.
Ini termasuklah sambutan Halloween yang satu ketika dahulu diharamkan kini sudah dirayakan di Arab Saudi secara besar-besaran serta disokong oleh pihak kerajaan.
Bekas imam Masjidil Haram dan pendakwah terkemuka, Sheikh Saleh Al Talib yang menyampaikan khutbah mengkritik badan kerajaan yang mengawal selia industri hiburan di negara itu pun disumbat ke penjara 10 tahun!
Pelbagai konsert dan pesta hiburan besar-besaran berlangsung di Arab Saudi melibatkan artis antarabangsa Ketika setiap tahun negara itu menjadi tumpuan umat Islam untuk menunaikan ibadat haji.
Antaranya, penyanyi Iggy Azalea yang menghina Allah dan Rasullullah.
Lirik lagunya di konsert yang berlangsung di Riyadh itu menyebut Tuhan dan Nabi tidak dapat menghalang kebatilan yang mereka lakukan serta mengajak manusia menunduklah kepada dewi.
Arab Saudi turut menawarkan pelbagai pilihan tempat makan mewah dan pertunjukan bunga api kepada pengunjung ketika rakyat Palestin dibunuh pengganas Zionis.
Jeddah juga sakan berpesta di hotel tepi pantai serta hidangan makan malam di atas bumbung bangunan.
Malah, tempat bersejarah terkutuk lantaran ditimpa azab daripada Allah, Kota Al Ula turut menyediakan pelbagai hidangan persembahan dengan festival kebudayaan dan muzik.
Festival K-pop juga pernah Arab Saudi anjurkan ketika umat Islam sedang menunaikan ibadat haji.
Dalam masa sama, kerajaan Arab Saudi turut dilihat antara negara Teluk yang menghalang usaha memaksa Israel memberhentikan serangan di Gaza.
Buktinya, pihak berkuasa di Mekah dan Madinah pada November tahun lalu tergamak menahan jemaah umrah yang menunjukkan solidariti atau berdoa untuk Palestin.
Beberapa Jemaah asing yang memakai kain selendang keffiyeh dan tasbih bertemakan warna Palestin di pergelangan tangan menceritakan bagaimana mereka ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Antaranya, Islah, seorang pelakon dan penyampai di Britain yang hanya dibebaskan selepas menandatangani borang pelepasan manakala keffiyehnya dirampas.
Dia kemudian diingatkan supaya tidak memakai keffiyeh Palestin, dengan berkata, “Ini tidak bagus, Israel-Palestin tidak bagus, jadi jangan pakai, tidak dibenarkan.”
memakai keffiyeh dan tasbih bertemakan warna Palestin di pergelangan tangannya.
Selain itu, seorang jemaah Algeria mendakwa ditahan lebih enam jam hanya kerana berdoa untuk rakyat Palestin.
“Di Madinah, saya menunaikan solat dan mengambil kesempatan itu untuk mendoakan kanak-kanak dan mangsa di Palestin.
“Adakah satu jenayah untuk mendoakan orang yang dizalimi?” kata lelaki itu dalam sebuah klip video dimuat naik pada 10 November tahun lalu.
Menurutnya, belum pun selesai berdoa, beberapa anggota tentera merampas telefonnya dan mengarahkan untuk memadam video yang dirakamnya ketika berdoa untuk rakyat Gaza, sebelum dibawa ke balai polis.
“Saya dilayan seperti penjenayah dan diberitahu saya ditahan kerana ‘bersimpati dan mendoakan Palestin’ dan cap jari saya diambil,” katanya dalam video itu seperti dipetik Middle East Eye.
Menurutnya, walaupun bernasib baik dibebaskan, ada jemaah lain yang ditahan lebih lama, termasuk seorang wanita Indonesia yang mempamerkan bendera Palestin pada tudungnya.
Pada 10 November tahun lalu, Ketua Urusan Agama Masjidil Haram, Abdul Rahman al-Sudais, berkata orang ramai tidak harus melibatkan diri dengan apa yang berlaku di Gaza dan menyerahkan kepada kerajaan mereka.
Sikap Arab Saudi yang menyakitkan hati itulah mengingatkan masyarakat Muslim global apabila negara itu dilanda banjir besar luar biasa.
Sudahlah sebelum ini pun, Arab Saudi tidak membenarkan sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad (saw), yang dikenali sebagai Al Maulid.
Sebaliknya, Halloween pula diraikan sebagai sebagai satu bentuk hiburan, walaupun lari dan menyimpang sama sekali dari budaya Arab apalagi Islam khususnya.
BACA JUGA Tak payah buat ‘mall’ baru lagi, ini rupanya medium Gen Z buat belian